Connect with us

Berita Lain

Tertuduh dakwa Najib tawar RM3.5 juta jika mengaku bunuh Kevin Morais

Anthony Kevin Morais

Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa
Raya Datuk Anthony Kevin Morais mengakui di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur
hari ini bahawa dia ditawarkan wang RM3.5 juta oleh bekas Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak untuk mengaku bersalah membunuh Kevin Morais.
S. Ravi Chandaran, 47, turut mengakui bahawa tawaran itu
dibuat melalui pegawai penjara kepadanya dan selain tawaran itu, dia turut
menerima tawaran dari adik Kevin Morais sendiri iaitu Datuk Richard Morais
untuk membuat pengakuan sama.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ravi Chandaran yang juga saksi pembelaan keenam berkata
demikian ketika pemeriksaan balas peguam Datuk N.Sivananthan yang mewakili
pakar patologi tentera, Dr R. Kunaseegaran, pada prosiding membela diri hari
ke-24.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sivananthan : Kamu katakan Dr Kunaseegaran tawar wang RM1.5
juta untuk kamu mengaku salah. Ini dibuat pada 29 Dis, 2017.
Ravi Chandaran : Benar
Sivananthan : Kamu juga ada buat satu laporan polis bahawa
pada 26 Jan 2018, Richard Morais tawarkan RM2 juta untuk kamu mengaku salah.
Ravi Chandaran : Ya, benar.
Sivananthan : Dalam laporan yang sama, pada Februari 2018,
kamu kata ada pegawai penjara yang menawarkan kamu RM3.5 juta untuk mengaku
salah bagi pihak Najib Tun Razak.
Ravi Chandaran : Ya, benar.
Ravi Chandaran turut bersetuju dengan cadangan Sivananthan
bahawa keseluruhan wang yang ditawarkan oleh individu-individu terbabit
kepadanya untuk mengaku bersalah dalam kes itu adalah berjumlah RM7 juta.
Kepada cadangan Sivananthan bahawa tertuduh telah mereka
cerita berhubung tawaran wang itu sehingga ia kelihatan tidak masuk akal, Ravi
Chandaran berkata dia tidak bersetuju.
Tertuduh turut tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu
bahawa tidak ada sebab untuk kesemua individu itu menawarkan wang kepadanya.
Ditanya Sivananthan adakah Dr Kunaseegaran telah
mengarahkannya untuk membunuh Kevin Morais, tertuduh berkata “tidak”.
Dia juga menjawab “tidak” kepada soalan Sivananthan mengenai
adakah Dr Kunaseegaran mengarahkannya melakukan sesuatu seperti menculik Kevin
Morais.
Pada prosiding sebelum ini Ravi Chandaran mendakwa Dr
Kunaseegaran menawarkan wang RM1.5 juta jika mengaku bersalah membunuh Kevin
Morais.
R. Dinishwaran, A.K Thinesh Kumar, M. Vishwanath; S.
Nimalan, Ravi Chandaran, dan Dr Kunaseegaran, mengaku tidak bersalah atas
pertuduhan membunuh Kevin Morais di dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1,
Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara pukul 7.00 pagi dan 8.00
malam, 4 Sept 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama
Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit
kesalahan.
Dinishwaran, 26, Thinesh Kumar, 25, Vishwanath; 28, Nimalan,
25, dan Ravi Chandaran, diwakili peguam Rajehgopal manakala pendakwaan diketuai
Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung
5 Okt.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel