Connect with us

Berita Lain

Tidak perlu lagi saya jelaskan kes liwat, kata Anwar


KUALA SELANGOR, 18 Okt ― Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan
bahawa beliau tidak perlu memberi penjelasan berhubung kes liwatnya sebelum
ini, sebaliknya meminta mana-mana pihak yang masih “ingin tahu” supaya merujuk
kepada banyak sumber yang telahpun menerbitkan fakta berkenaan kes itu.
Ketua Umum PKR itu berkata rakyat khususnya penuntut
institusi pengajian tinggi perlu bersikap terbuka dengan tidak hanya terikat
kepada satu-satu sumber untuk mencari maklumat seperti suratkhabar atau
televisyen.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Penjelasan berkenaan kes ini dah diulang banyak kali dalam
Facebook, dah sejuta hits dalam youtube. Semua report pembelaan (berkenaan kes
liwat) juga ada telah dibuat buku antaranya oleh peguam Australia Mark Trowell
jawapan diberi dengan sangat terperinci, jadi saya nak nasihatkan bacalah
“Saya juga ulangi, sewaktu saya dibebaskan sebelum ini, Yang
di-Pertuan Agong juga beritahu bahawa baginda yakin saya tidak bersalah, ada
miscarriage of justice (salah laksana keadilan). Baginda tahu perkara ini tidak
betul dan meminta supaya bila saya berkuasa janganlah izinkan perkara zalim
dilakukan ke atas sesiapa.
“Apakah kita nak jadi mangsa fitnah orang atau kita nak cari
kebenaran dengan mendengar dan membaca semua maklumat,” katanya pada program
“Meet Anwar Ibrahim” anjuran bersama Universiti Selangor (Unisel) dan Anwar
Ibrahim Club di kampus universiti itu di Bestari Jaya di sini, malam tadi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Anggota Parlimen Port Dickson itu berkata demikian ketika
menjawab pertanyaan seorang penuntut Unisel yang ingin tahu sama ada beliau
bersalah atas tuduhan liwat tersebut atau difitnah.
Anwar dihukum penjara lima tahun pada Februari 2015 bagi
sabitan meliwat.
Pada Mei selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum
ke-14, beliau mendapat pengampunan penuh diraja dengan sabitannya dipadamkan
daripada rekod.
Pada 2000, Anwar dihukum penjara sembilan tahun atas sabitan
salah guna kuasa dan salah laku seksual.
Mengenai dakwaan berlakunya amalan politik wang ketika
pemilihan PKR, Anwar tidak menafikan perkara itu wujud namun pihaknya perlu
mencari bukti mencukupi sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Calon timbalan presiden PKR Rafizi Ramli sebelum ini
mendakwa politik wang berlaku di enam negeri yang sudah mengadakan pemilihan
PKR. ― Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel