Connect with us

Berita Lain

Tun Mahathir tidak kisah dicop anti-Yahudi

Dr Mahathir ketika mengadakan sidang akhbar selepas
mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Al Bukhary
hari ini. -Foto oleh Bernama

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau tidak
kisah dengan tindak balas yang diterimanya selepas mengkritik kaum Yahudi.
“Saya bercakap perkara benar, saya tak kisah apa yang
orang nak gelarkan saya, termasuklah anti-Yahudi atau apa saja,” katanya
kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis  Presiden 
Pakatan Harapan di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Perdana Menteri berkata demikian apabila ditanya kenapa
orang tidak boleh mengkritik  atau
memberi lebel kepada kaum Yahudi, tetapi mereka bebas untuk mengkritik orang
lain.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Inilah perkara yang saya tidak faham. Adakah orang
Yahudi begitu istimewa hinggakan anda tidak boleh berkata suatu apa pun tentang
mereka, walaupun mereka melakukan sesuatu yang sama sekali salah seperti
melancarkan roket dan bom terhadap kanak-kanak dan hospital?” katanya.
Mahathir digelar media sebagai anti-Yahudi apabila beliau mengulangi
dakwaannya sejak 1970-an dulu bahawa orang Yahudi “mempunyai hidung
cangkuk” dan menyalahkan mereka kerana menimbulkan masalah di timur
tengah.
Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan BBC semasa
melakukan lawatan ke United Kingdom baru-baru ini apabila menjawab soalan hos
program itu, Zeinab Badawi, kenapa beliau menggunakan perkataan tersebut. –
Bernama


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel