Connect with us

Berita Lain

Zeti simpan rapi surat tulisan tangan Siti Hasmah


PUTRAJAYA – Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar
Aziz hari ini berkongsi rahsia beliau yang amat menghargai sepucuk surat
daripada Tun Dr. Siti  Hasmah Mohd.
Ali  kepadanya pada 1998, yang menjadi
dorongan dan sumber inspirasi baginya hingga kini.
Kata Zeti, beliau masih menyimpan surat tulisan tangan Dr.
Siti Hasmah itu yang dihantar kepadanya apabila beliau dilantik menjadi Gabenor
Bank Negara Malaysia pada 1998.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya terima banyak surat dari seluruh dunia dan
seluruh negara, tetapi surat yang paling saya hargai ialah surat tulisan tangan
beliau sepanjang lebih dua muka surat, yang penuh dengan kata-kata untuk
memberi dorongan,” katanya ketika melancarkan Kasih Malaysia, di Seri
Perdana di sini, hari ini.
Isteri Perdana Menteri, Dr. Siti Hasmah adalah Pengerusi
Kasih Malaysia, sebuah badan dianggotai isteri para pemimpin Pakatan Harapan.
Dalam ucapannya, Zeti mengimbas kembali pertemuan beliau
dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1978 ketika beliau sedang
menuntut di University of Pennsylvania, Amerika Syarikat dan Mahathir pula
menyandang jawatan Timbalan Perdana menteri ketika itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Di University of Pennsylvania, saya hanya bergantung
pada pinjaman Mara, yang tentu sekali telah saya bayarnya kembali. Ketika
sedang menyiapkan disertasi saya, pada suatu pagi, saya menerima panggilan
telefon daripada Biro Siasatan Persekutuan yang memaklumkan bahawa Timbalan
Perdana Menteri Malaysia ingin bertemu berapa pelajar Malaysia, tetapi hanya
saya yang dapat mereka hubungi,” katanya.
Menurut Zeti, walaupun beliau tidak pasti sama ada panggilan
itu benar-benar daripada pihak berkenaan, beliau membuat keputusan untuk
bertemu Mahathir dan semasa pertemuan itu, beliau memberitahu Mahathir bahawa
beliau mengikuti pengajian tentang aliran modal.
“Dr. Mahathir memberitahu saya bahawa negara kita
memang memerlukan orang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang itu. Cepatlah
siapkan disertasi kamu dan pulanglah untuk mencurahkan khidmat bakti kepada
Malaysia,” katanya.
Zeti berkata, 20 tahun selepas itu, pada 1998, ketika Asia
menghadapi krisis kewangan paling parah, Mahathir melantik beliau menjadi
Gabenor Bank Negara Malaysia.
“Dan 20 tahun kemudiannya, dua hari selepas Pakatan
Harapan memenangi Pilihan Raya Umum, saya menerima panggilan untuk menganggotai
Majlis Penasihat Kerajaan.
“Saya percaya ini sudah ditakdirkan, tetapi saya rasa
sungguh bertuah dan akan berkhidmat untuk negara dengan penuh iltizam,”
katanya. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel