Connect with us

Berita Lain

Zeti terima Anugerah Diraja Kewangan Islam 2018

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz – Foto The Star

Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti
Akhtar Aziz, 71, hari ini, menerima Anugerah Diraja Kewangan Islam 2018.
Beliau adalah penerima wanita pertama sejak anugerah itu
diperkenalkan pada tahun 2010.
Anugerah Diraja dwitahunan itu dianjurkan bersama oleh BNM
dan Suruhanjaya Sekuriti yang mengiktiraf serta memberi penghargaan kepada
mereka yang berwawasan yang mana pencapaian serta inovasi mereka memberikan
sumbangan besar kepada pertumbuhan kewangan Islam, ekonomi global juga kemajuan
sosial masyarakat di seluruh dunia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pengerusi Juri, Tun Musa Hitam, berkata Zeti diberikan
penghargaan anugerah berprestij itu kerana pencapaian dan kepemimpinan luar
biasanya dalam mengembangkan sempadan kewangan Islam dalam arena kewangan Islam
tempatan dan global.
“Diiktiraf dengan meluas kerana peranannya dalam pembangunan
global kewangan Islam, sumbangan, dedikasi dan kepemimpinan Tan Sri Dr Zeti
dalam kemajuan industri kewangan Islam memberikan inspirasi kepada generasi
akan datang,” katanya pada sidang media sebelum penganugerahan itu di Kuala
Lumpur, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Zeti menerima anugerah itu daripada Sultan Perak, Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah, pada majlis makan malam sempena Forum Kewangan Islam
Global 2018.
Mengulas mengenai anugerah diraja itu, Zeti berkata,
“Adalah sesuatu yang istimewa dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan
dalam pembangunan kewangan Islam.
“Anugerah ini bagaimanapun, mewakili pengiktirafan
kepada mereka yang kembara bersama saya dalam perjalanan penuh bermakna ini.
“Dengan berasa rendah hati, saya menerima anugerah ini bagi
pihak mereka.”
Ujar Zeti lagi, industri kewangan Islam mengalami
pertumbuhan dan pembangunan yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam tiga
dekad kebelakangan ini.
Ia juga dinamik dan berkembang untuk memenuhi keperluan
ekonomi moden yang pantas berubah, katanya.
“Dalam kita meneruskan perjalanan ini, kita perlu meneroka
bidang baru dalam membawakan nilai yang hebat kepada ekonomi, masyarakat dan
alam sekitar,” katanya.
Beliau menyatakan, pembabitannya dalam memulakan Lembaga
Perkhidmatan Kewangan Islam adalah saat yang paling diingati dalam
mengembangkan industri kewangan Islam di negara ini.
Menurut Tun Musa, anugerah bagi 2018 menerima jumlah
pencalonan tertinggi dengan 53 pencalonan untuk 30 nama daripada pencadang
tempatan dan antarabangsa.
Penerima anugerah dipilih oleh juri bebas antarabangsa yang
terdiri daripada pemimpin terkemuka, sarjana shariah serta pengamal dan ahli
akademik kewangan Islam.
Sejak 2010, Anugerah Diraja berkenaan diberikan kepada empat
individu terkemuka yang berjaya dalam meningkatkan kewangan Islam di peringkat
global melalui pencapaian dan sumbangan besar mereka.
Mereka adalah, Ahli Perniagaan Arab Saudi, Shaikh Saleh
Abdullah Kamel pada 2010, Tokoh Perbankan Islam India, Iqbal Khan (2012), Bekas
Ahli Perbankan Malaysia, Dr Abdul Halim Ismail (2014) dan Bekas Ketua Pegawai
Eksekutif International Islamic Liquidity Management Corporation, Profesor
Datuk Rifaat Ahmed Abdel Karim (2016).
Zeti, yang disenaraikan sebagai ketua bank pusat terbaik
dunia pada 2009 oleh majalah Global Finance, bersara pada April 2016 selepas
bersama BNM selama 35 tahun dan menerajuinya selama 16 tahun.
Antara lain, beliau turut menerima penghormatan daripada The
Wharton School, University of Pennsylvania dengan plak “Ben on the
Bench” pada 2016 yang juga insan pertama di dunia menerima penghormatan
itu.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel