Categories: Berita Lain

Lepas pinda akta, ahli Parlimen dan menteri akan diwajibkan isytihar harta

Foto BH Plus

KUALA LUMPUR, 1 Nov — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) akan memasukkan seksyen baharu di bawah Akta SPRM berhubung
pengisytiharan harta milik anggota Parlimen dan menteri yang dijangka dibentang
di Parlimen pada April depan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata
seksyen baharu ini akan membolehkan SPRM mengambil tindakan terhadap mana-mana
anggota Parlimen atau menteri yang tidak mengisytiharkan harta mereka.
Beliau berkata melalui seksyen baharu itu, ia akan menjadi
kewajipan mereka untuk isytihar harta dan akan menjadi satu kesalahan di sisi
undang-undang jika gagal berbuat demikian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Maknanya dalam tempoh ini, mana-mana anggota Parlimen atau
menteri yang masih tidak isytihar harta mereka kami tidak boleh ambil sebarang
tindakan kerana seksyen baharu itu belum dibentang (dan diluluskan) di Parlimen
lagi.
“Apa yang kami boleh buat sekarang adalah meminta mereka
menyegerakan proses ini (isytihar harta) kerana ia merupakan janji kerajaan
Pakatan Harapan untuk membersihkan negara daripada rasuah,” katanya kepada
pemberita selepas menghadiri majlis konvokesyen pegawai integriti bertauliah,
di sini hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Apabila mereka isytihar harta, SPRM akan meneliti harta
mereka sama ada terpalit dengan rasuah atau tidak.
“Hari ini juga SPRM telah mengeluarkan senarai nama anggota
Parlimen dan menteri berhubung pengisytiharan harta mereka di portal SPRM,”
katanya.
Beliau berkata ada dalam kalangan mereka masih belum berbuat
demikian dan meminta individu berkenaan supaya menyegerakan proses itu.
“Sepatutnya selepas tiga bulan mereka mengangkat sumpah
sebagai anggota Parlimen sudah isytihar harta dan kami masih menunggu lagi
sebahagian daripada mereka (yang belum),” katanya. — Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago