Categories: Berita Lain

Saya akan pecat kamu kerana IQ rendah, kata KJ

Foto FMT

Selepas menempelak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak, hari ini giliran Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman
Noor Adam pula menerima nasib sama ditempelak Ahli Parlimen Rembau, Khairy
Jamaluddin Abu Bakar.
Tetapi kali ini, Khairy mengingatkan Lokman perkara pertama
akan dilakukannya sekiranya menjadi Presiden UMNO adalah memecat beliau kerana
mempunyai tahap kepintaran rendah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menerusi akaun Twitternya yang ditujukan kepada Lokman,
Khairy berkata: “You better pray I Don’t become President of UMNO. First Thing
I’ll do is sack you for having the IQ of a carrot” (Lebih baik anda berdoa saya
tidak menjadi Presiden UMNO. Perkara pertama yang saya akan lakukan adalah
memecat anda kerana mempunyai IQ rendah).
Lokman dalam tulisannya di sebuah portal berita hari ini
menyifatkan bekas Ketua Pemuda UMNO itu ‘meroyan seperti orang datang bulan’
merujuk pada tindakannya yang menempelak Najib semalam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Khairy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Kewangan
Kabinet Bayangan Barisan Nasional (BN) semalam menempelak kenyataan Najib yang
menyatakan kekalahan (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu adalah
disebabkan fitnah dan janji palsu Pakatan Harapan (PH).
Beliau sebaliknya menyatakan BN tewas pada PRU-14 akibat
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam akaun Twitternya, KJ berkata: “We lost because of
1MDB. The End” (Kita kalah sebab 1MDB. Tamat.)
Lokman dalam tulisannya itu pula berkata, beliau tidak pasti
apakah masalah Khairy yang meroyan seperti orang datang bulan apabila
mengatakan bahawa punca kekalahan BN hanyalah kerana 1MDB.
“Tapi apa yang pasti, jika beliau meneruskan sikap menuding
jari secara berterusan, saya rasa beliau boleh berhenti bermimpi untuk menjadi
Presiden UMNO.
“Sepatutnya, selaku bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno,
Khairy kena menilai sama ada aktiviti menjadi model sambilan di Majalah
Maskulin, hobi berselfie dan kepakaran memilih warna stokin yang betul, telah
berjaya menarik minat orang muda untuk menyokong BN,” katanya dipetik daripada
laporan itu. – Harian Metro

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

3 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

8 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago