Categories: Berita Lain

Dr Mahathir, Abe bincang bon samurai RM7.4b


TOKYO – Rundingan lanjut mengenai bon Samurai RM7.4 bilion
yang ditawarkan untuk dijamin oleh kerajaan Jepun kepada Malaysia, dijangka
dibincangkan dalam mesyuarat dua hala antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad dan rakan sejawatannya, Shinzo Abe pada Selasa ini.
Dr Mahathir akan melakukan lawatan kerja selama tiga hari ke
Jepun, mulai esok.
Ketika menjelaskan perkara itu, Duta Malaysia ke Jepun,
Datuk Ahmad Izlan Idris menyifatkan rundingan antara kedua-dua pemimpin itu
sebagai platform paling tepat susulan pengumuman mengenai bon itu pada
pembentangan Belanjawan 2019, Jumaat lepas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya menjangkakan itu salah satu topik perbincangan
kedua-dua pemimpin berkenaan dalam mesyuarat dua hala pada 6 November ini. Ada
banyak isu yang akan disentuh seperti ekonomi, perdagangan dan pelaburan. Isu
mengenai kredit yen juga tidak kurang pentingnya,” katanya kepada wakil media
Malaysia di sini, hari ini.
Kerajaan Malaysia telah merakamkan penghargaan kepada
kerajaan Jepun di atas kesudian menawarkan jaminan penerbitan bon Samurai
sehingga ¥200 bilion (RM7.4 billion) yang bertempoh 10 tahun.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ketika membentangkan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim
Guan Eng turut menyifatkan tawaran itu sebagai mencerminkan keyakinan terhadap
pentadbiran dan kepimpinan Dr Mahathir.
Penerbitan bon Samurai dalam denominasi yen itu akan dijamin
oleh Japan Bank of International Cooperation pada kadar kupon 0.65 peratus dan
dijangka diterbitkan sebelum Mac tahun depan.
Mengulas selanjutnya, Ahmad Izlan berkata Dr Mahathir dan
Abe juga berkemungkinan besar akan membincangkan mengenai projek kereta
nasional ketiga serta Dasar Pandang Ke Timur dalam mesyuarat dua hala tersebut.
Selain itu, dalam kunjungan kali ini, Dr Mahathir akan turut
menyampaikan ucap tama mengenai keadaan semasa di Malaysia serta jangkaan
pelaburan dari Jepun, kepada kira-kira 600 individu korporat dan kapten
industri negara itu di acara Persidangan Bersama dan Forum Perniagaan Persatuan
Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca).
“Ia (persidangan itu) akan diadakan selepas berlangsungnya
mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Jepun. Dr Mahathir akan membincangkan
peluang pelaburan di Malaysia dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan
langsung asing (FDI) ke Malaysia.
Jepun merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia.
Bagi Jepun pula, Malaysia adalah rakan dagang kesebelas
terbesar di dunia dan keempat dalam kalangan negara Asean selepas Thailand,
Vietnam dan Indonesia.- Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago