Categories: Berita Lain

10 rumah rosak, cermin pecah akibat letupan mercun di Port Dickson


PORT DICKSON, 6 Nov — Kira-kira 10 rumah penduduk Flat Taman
Sri Bandar di sini mengalami kerosakan akibat terkena letupan dipercayai mercun
sebaik dinyalakan oleh sekumpulan lelaki tengah malam tadi.
Menurut penduduk yang mahu dikenali sebagai Marina, 51,
beliau terkejut apabila secara tiba-tiba terdengar bunyi yang sangat kuat dari
arah dapur rumahnya disusuli bunyi cermin berderai dalam kejadian kira-kira
pukul 12 malam.
“Ketika kejadian, saya baru sahaja masuk ke dalam bilik untuk
tidur dan berasa takut apabila mendengar bunyi itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya segera bergegas ke dapur dan kemudian mendapati cermin
tingkap belakang rumah ini dan rumah jiran lain di tingkat bawah hingga tingkat
atas pecah teruk,” katanya kepada Bernama.
Marina berkata anggota keluarganya telah menghubungi polis
bagi melaporkan perkara itu sejurus kejadian.
“Mujur anak bongsu saya yang berada di dapur sempat mengelak
dari terkena serpihan kaca dan tidak mengalami kecederaan. Kejadian ini
menyebabkan kerugian kepada penduduk flat kerana banyak yang perlu
dibaikpulih,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, seorang lagi penduduk flat empat tingkat itu
yang mahu dikenali sebagai Ina, 60, semua cermin tingkap dapur rumahnya turut
musnah akibat letupan mercun itu.
Katanya, keadaan itu menyebabkan mereka sekeluarga rasa
tidak selamat kerana dikhuatiri berlaku perkara tidak diingini disebabkan rumah
terdedah ekoran semua tingkap pecah.
Ketua polis daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed
ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya pergi ke tempat kejadian setelah
menerima panggilan.
Beliau berkata orang awam diingatkan agar tidak bermain
mercun dan menghormati jiran tetangga dan pihak polis akan mengambil tindakan
tegas sekiranya ada pelanggaran peraturan.
Bagaimanapun, katanya, tiada laporan polis dibuat berhubung
kejadian itu setakat ini. — Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago