Categories: Berita Lain

Umno lancar jentera, siap sedia hadapi PRK DUN Rantau

Umno hari ini melancarkan jentera sebagai persediaan bagi
menghadapi kemungkinan diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri
(DUN) Rantau.
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata
meskipun petisyen pilihan raya DUN Rantau itu masih belum diputuskan, tetapi
pihaknya bersiap-siaga dalam usaha memastikan kelancaran gerak kerja parti di
peringkat akar umbi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Meskipun setakat ini mahkamah belum ada keputusan terhadap
petisyen pilihan raya DUN Rantau, kita bersiap siaga menghadapi sebarang
kemungkinan.
“Lagipun rata-rata yang hadir pada hari ini adalah akar umbi
parti, jadi pelancaran jentera itu amat sesuai dilakukan hari ini,” katanya
dalam sidang akhbar selepas Majlis Bersama Presiden Umno di Seremban, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Turut hadir Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan
yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Rantau, dua Naib Presiden Umno Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Anggota Parlimen
Rembau Khairy Jamaluddin.
Calon PKR DUN Rantau Dr S. Streram pada Pilihan Raya Umum
Ke-14, memfailkan petisyen pada 23 Mei lepas bagi menuntut perintah supaya PRK
diadakan setelah mendakwa pemilihan Mohamad selaku pemenang kerusi DUN itu
adalah tidak sah dan terbatal.
Beliau menamakan Mohamad sebagai responden pertama; Pegawai
Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan Parlimen Rembau Amino Agus reponden kedua
dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) responden ketiga.
Sementara itu, Mohamad berkata dijangka mahkamah akan
memberikan keputusan terhadap petisyen pilihan raya DUN Rantau itu pada minggu
depan.
“Kita bukan mahu dahului mahkamah, kalau tidak ada pilihan
raya kecil Alhamdulillah tetapi jentera ini akan digerakkan untuk bangkitkan
semula Umno dan saya yakin Umno akan bangkit semula bermula di Negeri
Sembilan,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata Khairy yang
juga pengerusi Jawatankuasa Portfolio Kewangan Kabinet Bayangan Barisan
Nasional akan membentangkan Belanjawan Alternatif Pembangkang 2019 di Dewan
Rakyat, Isnin depan.
– Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

15 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

16 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago