Categories: Berita Lain

Ketua IMF akan bertemu Mahathir



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berada di Singapurea untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan sidang kemuncak berkaitan, akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde pada hari Rabu.

Beliau juga dijadualkan menghadiri Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) kedua pada hari Rabu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dr Mahathir dan pemimpin ASEAN yang lain juga akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga; Sidang Kemuncak Asia Timur serta Sidang Kemuncak ASEAN Campur Satu dengan Australia, China, Jepun, Korea Selatan dan Rusia sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 yang diadakan di Singapura.
Enam belas pemimpin pakatan perdagangan negara-negara RCEP dijangka mengeluarkan kenyataan bersama mengenai rundingannya dan menyerahkan Laporan oleh Menteri-menteri RCEP kepara para pemimpin.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Ekonomi Eurasia dan ASEAN mengenai kerjasama ekonomi juga akan diadakan.
Dr Mahathir kemudian dijangka menghadiri majlis makan malam gala yang dihoskan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
Dr Mahathir diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ignatius Darell Leiking serta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri, Wisma Putra dan MITI.
Tema bagi Sidang Kemuncak yang dipengerusikan oleh Singapura itu adalah ‘Daya Tahan dan Inovasi ASEAN’ (Resilient and Innovative ASEAN). Ia merangkumi visi ASEAN untuk bersatu di tengah-tengah meningkatnya ketidakpastian dalam landskap strategi global.
Sidang Kemuncak itu memberi para pemimpin berkenaan peluang untuk bertukar pandangan mengenai arah masa depan ASEAN dan kaedah hubungan luarnya selain membincangkan isu penting serantau dan antarabangsa.
Pemimpin ASEAN lain yang turut berada di republik ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak itu ialah Sultan Hasanal Bolkiah dari Brunei Darussalam, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, Presiden Indonesia Joko Widodo, Perdana Menteri Laos Thongloun Sisoulith, Penasihat Negara Myanmar Aung San Suu Kyi, Presiden Filipina Rodrigo Duterte, Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha dan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc.
Antara pemimpin rakan kongsi ASEAN yang penting yang berada di sini ialah Perdana Menteri Australia Scott Morrison; Perdana Menteri China Li Keqiang; Perdana Menteri India Narendra Modi; Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe; Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern; Presiden Rusia Vladimir Putin; Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dan Naib Presiden Amerika Syarikat Michael Pence.
Turut hadir ialah Pengerusi G7 yang juga Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau; Pengerusi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Presiden Chile Sebastian Pinera serta Ketua IMF Christine Lagarde, sebagai tetamu.
– Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 day ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

2 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

4 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

4 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

4 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

5 days ago