Categories: Berita Lain

Dr M: Laporan pemulihan k’jaan keluar tahun depan

Laporan penuh mengenai “damage control” (pemulihan) yang
dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas mengambil alih pentadbiran
negara akan dikeluarkan tahun depan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Katanya laporan itu akan mengandungi butiran mengenai hasil
tindakan oleh kerajaan sekarang dalam menangani masalah yang ditinggalkan oleh
kerajaan sebelum ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita nak tengok hasil tindakan yang diambil oleh
kerajaan; kedua-duanya – berhubung hutang yang besar yang perlu kita tanggung,
dan juga penstrukturan semula pentadbiran kerajaan.
“Laporan itu akan disediakan oleh kami (kerajaan) dan
akan dikeluarkan tahun depan,” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas
menghadiri jamuan malam Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik di
Petaling Jaya malam tadi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Turut hadir, isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan
presiden persatuan itu Tan Sri Sallehuddin Mohamed.
Terdahulu, Dr Mahathir melancarkan Yayasan Alumni Pegawai
Tadbir dan Diplomatik.
Sementara itu, perdana menteri mengulangi jaminan bahawa
Malaysia akan muncul semula sebagai Harimau Asia, di bawah kerajaan PH.
“Kami sedang muncul kembali, dengan syarat kita bekerja
keras, jujur dan tidak dipengaruh oleh rasuah dan kita tidak mencuri wang, maka
saya yakin kita sekali lagi akan muncul sebagai Asian Tiger,” kata beliau.
Dr Mahathir juga memuji kakitangan awam kerana kegemilangan
Malaysia semasa penggal pertama pentadirannya, dengan menyatakan bahawa
kerjasama mereka yang tidak berbelah bahagi dengan pentadibaran ketika itu
membantu negara mencapai kejayaan.
“Saya bersyukur dalam tempoh 22 tahun itu, saya tidak
hadapi masalah. Sebarang keputusan saya buat, saya yakin akan dilaksanakan oleh
kakitangan awam.
“Kerjasama mantap daripada PTD sebagai jentera kerajaan
itulah yang menjadikan Malaysia ketika itu sebagai Asian Tiger”, kata
beliau.
– Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago