Categories: Berita Lain

Hadi tegur Syed Saddiq…



GOMBAK – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat tiada masalah untuk konsep pemakaian patuh syariah bagi atlet dilaksanakan.

Malah, katanya, kelab bola sepak luar negara seperti England dan Perancis tidak mengenakan halangan untuk pemain beragama Islam mengamalkan ajarannya.
Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Susulan itu, beliau berharap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak bersikap ‘lebih’ daripada dua pasukan itu apabila mengkritik keputusan Kerajaan Terengganu.

“Setahu saya kelab bola sepak England dan Perancis membenarkan pemain Islam mengamalkan ajaran agama. Jangan dia (Syed Saddiq) lebih daripada England dan Perancis sudahlah,” katanya kepada media selepas menyampaikan syarahan perdana berjudul Geopolitik Antarabangsa dan Masa Depan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini, malam tadi.

Semalam, Syed Saddiq mempertahankan atlet dan mengatakan pakaian sukan pilihan mereka perlu dihormati.

Syed Saddiq turut melahirkan kebimbangannya terhadap masa depan beberapa sukan seperti renang, gimrama dan bina badan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Syed Saddiq sepatutnya memberi galakan kepada atlet menutup aurat.
“Umat Islam kalau beri pandangan kena dalam kerangka sebagai seorang Muslim. Kalau benda itu selama ini tidak betul, kita kena perbetulkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Apa masalahnya kalau mereka tutup aurat, kita mampu buat bukan tak mampu. Sebagai menteri beragama Islam beliau sepatutnya beri galakan. Dia tak boleh terikat dengan budaya yang bertentangan pandangan Islam,” katanya.

-sinar harian

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

1 hour ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago