Categories: Berita Lain

‘Jangan bila jadi kerajaan, kita lupa diri’

Loh Sze Yee ketika mengambil bahagian dalam perbahasan, hari ini.


IPOH – Laporan audit pengurusan dan kewangan membabitkan jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu dibentang dalam Dewan Negeri.

Mencadangkan perkara itu, Loh Sze Yee (DAP-Jalong) berkata, ia satu langkah memastikan segala perbelanjaan kerajaan diurus secara berhemah dan telus.
Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menurutnya, tanpa audit dan pemantauan, ada pihak mengambil kesempatan menggunakan kedudukan untuk melakukan pelbagai bentuk penyelewengan dengan sewenang-wenangnya.

“Kita minta kerajaan agar secara konsisten menjalankan audit setiap tahun terhadap badan-badan ini dan laporannya dibentangkan dalam Dewan Negeri.

“Saya merasakan kita semua perlu tahu ke mana duit dibelanjakan dan adakah orang yang diamanahkan menjalankan tanggungjawab telah membelanjakan duit mengikut tatacara dan aturan ditetapkan,” katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet Negeri 2019, hari ini.

Beliau berkata, adalah penting bagi mengelak terjadinya penyelewengan yang bukan sahaja merugikan wang rakyat, tetapi mencalar imej kerajaan negeri.

Katanya, isu seperti siasatan kes penyelewengan membabitkan Pusat Kerjaya Amanjaya (Peka), tidak wajar berulang.

“Ini adalah harapan rakyat yang disandarkan pada kerajaan, mereka mahu kerajaan yang bertanggungjawab, bersih, cekap dan amanah,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengingatkan barisan pentadbiran kerajaan tidak berdalih dengan pelbagai alasan atau memberi sendiri suatu jalan keluar dalam menunaikan janji dalam manifesto.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Jangan pula bila kita jadi kerajaan kita mula lupa diri, lupa zaman kita di jalan raya, zaman tiada apa apa.
“Janji tetap janji, jika kita tidak mengotakan janji, tidak bergelar manusia jauh lagi YB (Yang Berhormat),” katanya.

Beliau turut meminta semua pihak tidak sesekali membangkitkan isu perkauman yang boleh mencetuskan api permusuhan.

“Perkara sebegini perlu dibendung dengan segera kerana jika ia tidak dikawal, ia boleh menjadi satu masalah besar,” katanya.

-sinar harian

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago