Categories: Berita Lain

Peguam nafi upah samseng cetus rusuhan kuil

Mohamed Hanif Khatri (kiri) bersama Muhammad Rafique dalam sidang media menafikan diri mereka terlibat dalam mengupah samseng hingga mencetuskan kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman.


PETALING JAYA – Peguam bela, Mohamed Hanif Khatri Abdulla dan Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili kakitangan syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd menafikan bahawa mereka terlibat mengupah samseng hingga mencetuskan insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, awal pagi Isnin lalu.

Dua peguam tersebut mewakili tiga kakitangan syarikat itu yang ditahan berkaitan kes rusuhan tersebut.

Mohamed Haniff berkata, beliau dan Muhammad Rafique dilantik oleh pihak syarikat selepas berlakunya insiden rusuhan tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Menurutnya, selain mewakili tiga kakitangan syarikat yang ditahan, pelantikan itu dibuat bagi membolehkan syarikat membantu siasatan pihak polis.

”Kami tidak mewakili mana-mana perusuh.

“Malah, berhubung dengan penularan mesej di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mengenai pembabitannya dan Muhammad Rafique dalam memberikan upah kepada samseng dalam rusuhan itu adalah satu tuduhan melulu dan tidak benar,” katanya dalam sidang media di pejabat syarikat guamannya, di sini, hari ini.

Jelasnya, berdasarkan kenyataan di Facebook, dirinya dikaitkan telah terlibat dengan insiden.
Katanya, ini tidak benar dan kami berdua juga tidak pernah memberikan wang berjumlah RM150,000 kepada samseng untuk membuat kecoh di kuil.

Selain itu, Mohamed Haniff turut menyatakan bahawa ada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa sidang akhbar adalah kurang tepat kerana siasatan masih belum selesai.
“Saya berharap agar kenyataan yang akan dikeluarkan selepas ini tidak mendedahkan butiran siasatan yang boleh menganggu keselamatan awam,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin pada sidang media khas di Putrajaya mendedahkan siasatan polis mendapati peguam kepada pemaju One City memberi upah RM150,000 kepada 50 lelaki untuk menceroboh, mengambil alih dan mengawal kuil berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Sementara itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan individu yang memukul anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, hingga parah mempunyai niat untuk membunuh.

Menurutnya, individu yang melakukan perbuatan itu bukan hadir untuk demonstrasi aman tetapi mempunyai niat membunuh kerana membawa senjata tajam sewaktu kejadian.

-sinar harian

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

3 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

22 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago