Connect with us

Berita Lain

Ada ahli UMNO datang secara kumpulan mahu masuk Pakatan Harapan, kata Tun Mahathir


PUTRAJAYA: Terdapat pelbagai cara digunakan oleh Ahli UMNO
yang mahu menyertai Pakatan Harapan (PH), kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir
Mohamad.
“Ada yang nak masuk dengan satu kumpulan, tidak boleh,
sebab dia akan jadi lebih besar dari kita.
“Kalau nak masuk kena masuk seorang demi seorang
setelah mereka tinggalkan UMNO dan sokong kerajaan dan ditapis,” katanya
selepas ditanya mengenai dakwaan terdapat Ahli Parlimen UMNO yang mahu
menyertai Parti Bersatu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas
mempengerusikan Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan di Putrajaya, di sini, hari
ini.
Pada 27 Oktober lepas, dilaporkan terdapat kira-kira 40 ahli
Parlimen daripada UMNO dikatakan akan keluar parti dan menyertai Bersatu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Perdana Menteri turut menyangkal dakwaan bahawa beliau ada
memanggil beberapa individu daripada UMNO untuk menyertai Bersatu.
“Saya tidak pernah panggil sesiapa, mereka yang nak
datang jumpa jadi saya jumpa dengan semua orang dan kita akan lihat kualiti,
bukan semua mereka bersalah.
“Pemimpin yang secara terbuka dan lantang menyokong
kecurian duit, itu tidak akan diterima, tapi ahli biasa yang cuma nak jadi
wakil rakyat itu kita akan pertimbangkan,” jelas beliau.
Ahli Parlimen Langkawi itu turut mengenakan syarat bahawa
Ahli Umno yang mahu menyertai Pakatan Harapan perlu Isytihar keluar UMNO,
bersih dari sebarang kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah serta menyokong
kerajaan. – Astro Awani

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel