Connect with us

Berita Lain

Ada pihak cuba pecah-belah masyarakat – Loke


Rakyat di negara ini perlu berusaha memperkukuh perpaduan
kaum, meskipun terdapat pihak yang cuba memecah-belahkan masyarakat.
Anggota Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook berkata
kerajaan Pakatan Harapan akan berusaha untuk memastikan perpaduan yang
dinikmati rakyat ketika ini akan terus dipertahankan.

.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dalam kerajaan, ini yang kita akan lakukan dan kita
akan teruskan kerja kita kerana ada pihak yang cuba memecah belahkan rakyat
Malaysia dengan menimbulkan isu-isu perkauman dan agama.
“Pihak-pihak ini cuba pecah belahkan perpaduan negara
kita tetapi saya yakin majoriti rakyat kita nak hidup dalam keadaan aman,
harmoni dan hormat menghormati,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berucap pada majlis rumah terbuka Deepavali Dewan
Undangan Negeri (DUN) Nilai di Kampung Baru Nilai, di Nilai malam tadi.
Mengulas lanjut, Loke yang juga menteri pengangkutan berkata
bagi memupuk perpaduan antara kaum, meraikan sambutan pelbagai perayaan oleh
semua kaum dapat menjurus ke arah itu.
“Tradisi seperti ini kita akan teruskan sebab kita nak
pupuk keharmonian dan saling hormati antara kaum.
“Itu sebab dalam apa saja perayaan, kita galakkan
supaya masyarakat setempat tanpa mengira kaum dan agama datang bersama
raikan,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Adun Nilai yang juga
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal
Bukan Islam Negeri, J. Arul Kumar dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita
dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel