Connect with us

Berita Lain

Ahli Umno harus terima realiti 1MDB – KJ


Ahli Umno harus menerima hakikat mengenai
skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana penafian akan terus
menjejaskan parti, kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Dalam temubual bersama Utusan Malaysia, Khairy berkata, ahli
Umno tidak boleh mempertahankan isu 1MDB kerana tiada apa untuk
mempertahankannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“1MDB bukan satu persepsi atau fitnah tetapi merupakan
satu kes yang terbukti di Amerika Syarikat, apa yang ada untuk disembunyikan?
Hanya mengakuinya,” katanya.
Khairy berkata, ia akan menjadi sukar bagi Umno dan Barisan
Nasional untuk bangkit semula selagi isu 1MDB berlegar di fikiran mereka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Beliau menolak dengan tanggapan bahawa 1MDB memberi manfaat
kepada rakyat menerusi program penajaan haji, dengan mengatakan bahawa
melakukan kerja amal tidak membatalkan jenayah itu.
“Kita tidak boleh membersihkan cuci dosa rompakan itu
dengan menggunakan sebahagian daripada duit yang dirompak itu untuk melakukan
kebaikan,” katanya.
Beliau berkata, anggota Umno tidak boleh hidup dalam
penafian.
“Kalau kita terus menafikan realiti, saya rasa kesannya
kepada Umno lagi teruk, sebab rakyat akan kata ‘dah kalah, dah didedahkan
segala-galanya pun tak boleh nak terima’.”
Khairy berkata, beliau lebih suka bersikap realistik
mengenai situasi tersebut meskipun terdapat dakwaan bahawa beliau adalah
seorang oportunis.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Apabila kita berdepan dengan realiti macam ni dan kita
tidak mahu menerima realiti, ada sesuatu yang tidak kena.
“Mereka yang masih mahu menyokong, memberikan alasan
dan menafikan realiti, mereka sebenarnya adalah liabiliti sangat besar terhadap
Umno,” katanya. – The Star


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel