Connect with us

Berita Lain

Bajet ‘Paling Besar’ Konon, Sindir Najib


KUALA LUMPUR – Belum sampai seminggu Belanjawan 2019
diumumkan, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat terus
‘menyerang’ kandungan belanjawan pertama kerajaan pimpinan PH.
Dalam catatan terbaru di Facebooknya, Najib menyindir
kenyataan PH yang meninggi hidung mendakwa Belanjawan 2019 adalah ‘paling besar’.
Malah, beliau turut menyenaraikan beberapa bantuan diberikan
kerajaan BN sebelum ini namun tidak lagi disambung malah ada juga jumlah
peruntukannya dipotong kerajaan PH.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ya, ‘paling besar’ tapi apa sebenarnya yang ibu bapa,
pelajar dan guru dapat? RM250 subsidi pendidikan seperti Baucar Buku 1Malaysia
atau KADS1M, tidak disebut. Rasanya kini tiada lagi. Kita tunggu menteri buat
u-turn.
“Bantuan Makanan Prasekolah dipotong RM10 juta. Bantuan
Makanan Asrama dipotong RM100 juta. Biasiswa kecil persekutuan untuk
murid-murid dipotong RM28 juta.
“Peruntukan biasiswa perguruan persekutuan dipotong RM6.5
juta dan Bonus penjawat awam daripada RM1,500 tinggal RM500,” katanya.
Tambahnya, mungkin pelajar dan guru termasuk dalam golongan
‘rakyat Malaysia yang tak patut diberi bantuan dan subsidi sebab malas’ seperti
kata kerajaan PH.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kerajaan BN dulu merangka Bajet berdasarkan keperluan
rakyat. Kami ikhlas nak beri dan bantu.
“Sekarang habis semua mereka potong. ‘Bajet Paling Besar’
konon,” sindirnya.
Sindiran Ahli Parlimen Pekan itu tidak berakhir di situ
apabila beliau meluahkan kerinduan kepada suara pejuang mahasiswa yang tidak
lagi kedengaran kini.
Katanya lagi, bukan setakat suara tak dengar malah bayang
mereka juga sudah tidak kelihatan.
“Suara pejuang-pejuang mahasiswa sudah tidak kedengaran.
Bayang pun sudah entah ke mana. Saya rindu anda semua.
“PTPTN kita tak perlu sebutlah sebab bukan setakat ditipu,
lebih sengsara dengan dasar mereka kini.
“Ada yang beritahu saya, ini merupakan kenangan terindah
sebagai pelajar. Betullah, kini hanya tinggal kenangan,” katanya. – Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel