Connect with us

Berita Lain

Bayaran khas RM500 dibayar sebelum Krismas, kata Guan Eng


Bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 54 dan
ke bawah yang dicadangkan dalam Belanjawan 2019 akan dibayar sebelum 25 Dis
ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.
“Ini kali pertama kita bayar bonus pada tahun yang sama.
Sebelum ini (bayaran khas) dibayar pada tahun berikutnya.
“Belanjawan 2018 memang tiada. Maka, kita akan mencari
sumber.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita berharap menerusi pelaksanaan Cukai Jualan dan
Perkhidmatan (SST) akan menambah sedikit (pendapatan) untuk menampung bonus
pada tahun ini,” katanya kepada pemberita di Putrajaya.
Sebelum itu, Lim menghadiri Majlis Mesra Warga Kastam
Bersama Menteri Kewangan bersempena Sambutan Deepavali 2018 di Kompleks
Kementerian Kewangan.
Ketika membentangkan Belanjawan 2019 pada 2 Nov lalu, Lim
berkata kerajaan mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam
gred 54 dan ke bawah sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi
penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selain itu, kerajaan juga mengumumkan bayaran khas sebanyak
RM250 kepada pesara kerajaan.
Bayaran khas itu melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion.
Ditanya mengenai khabar angin rombakan kabinet, Lim berkata:
“Saya tidak dengar langsung.”
Sebuah portal sebelum ini melaporkan Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad akan melakukan rombakan kabinet bulan depan kerana tidak
berpuas hati dengan prestasi beberapa menteri Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu).
Portal itu mendakwa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dan
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Harun antara yang bakal
digugurkan. 
-Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel