Connect with us

Berita Lain

Beli kereta baru antara alasan tangguh bayar PTPTN

SINTOK, 4 Nov 
Membeli kereta baharu antara alasan peminjam 
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah tamat
pengajian memohon rayuan penangguhan bayaran balik pinjaman mereka.
Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata alasan itu tidak
munasabah kerana sekiranya peminjam itu mampu membayar ansuran bulanan kereta
makanya mereka juga mampu untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN misalnya
ada serendah RM90 sebulan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Rayuan ini banyak tapi kadang-kadang saya tengok, yerlah
kalau rayuan itu (seperti) tak mampu bayar lagi sebab tak kerja, ibu bapa
sakit, itu kita boleh fikirlah. Tetapi kalau sekiranya mohon rayuan penangguhan
sebab nak beli kereta untuk kerja, agak tak adillah sekiranya mohon penangguhan
daripada PTPTN.
“…kalau boleh buat macam itu, sepatutnya bolehlah bayar
PTPTN. Kadang-kadang (peminjam yang) minta penangguhan bayar (PTPTN) RM90
sebulan, kereta itu bayar RM600 boleh,” katanya pada sidang media selepas
majlis santai bersamanya di Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad,
Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.
Wan Saiful berkata situasi itu menunjukkan satu budaya
masyarakat yang mementingkan diri sendiri apabila sikap mereka yang lebih
mengutamakan kereta baharu daripada membayar balik hutang PTPTN yang telah pun
digunakan mereka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ini isu sikap. Prioritinya di mana…realitinya dia
(peminjam) dah ambil (pinjaman PTPTN), dan guna belanja duit PTPTN itu, dapat
dah faedah, sepatutnya kena lunas balik pinjaman supaya orang lain boleh dapat
pinjaman itu,” katanya.
Sebubungan itu, beliau berharap peminjam perlu lebih
bertanggungjawab menunaikan tanggungjawab membuat bayaran balik pinjaman PTPTN
mereka supaya pelajar baharu lain boleh mendapat manfaat sama nanti.
Dalam pada itu, Wan Saiful berkata peminjam PTPTN yang
bekerja dengan gaji RM1,000 ke atas dan menghadapi masalah kewangan untuk
membuat pembayaran balik secara potongan gaji berjadual antara dua hingga 15
peratus boleh mengemukakan rayuan kepada perbadanan tabung pendidikan itu.
“Sudah tentu mereka masih boleh membuat rayuan…kita akan
tengok kepada rayuan-rayuan yang alasan munasabah,” katanya.
Beliau berkata dijangkakan pelaksanaan pemotongan gaji
secara berjadual untuk bayaran balik pinjaman PTPTN itu dapat dilakukan pada
suku pertama tahun depan.
“Dalam tempoh dua bulan ini pihak kita akan menjalankan
penerangan di seluruh negara melibatkan pihak berkepentingan sama ada penduduk
setempat, pihak universiti, NGO (Badan Bukan Kerajaan) dan juga media mengenai
pelaksanaan pemotongan gaji secara berjadual ini,” katanya.
Dalam pembentangan Bajet 2019 Jumaat lepas, Menteri Kewangan
Lim Guan Eng menyatakan kerajaan memperkenalkan kaedah pembayaran balik
pinjaman PTPTN menerusi potongan gaji berjadual dengan ia hanya diguna pakai
untuk peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel