Connect with us

Berita Lain

Berhenti salahkan kerajaan lama, kata Daim kepada PH


KUALA LUMPUR, 8 Nov — Kerajaan Pakatan Harapan perlu memberi
tumpuan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka dalam
Pilihan Raya Umum Ke-14 dan melupakan apa yang berlaku pada masa lalu, kata
Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.
Beliau berkata, apa yang berlaku pada masa lalu adalah
sejarah dan pentadbiran baharu perlu berhenti menyalahkan kerajaan sebelum ini
yang memerintah selama 61 tahun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Enam bulan sudah cukup. Kini, kerajaan perlu memberi
tumpuan kepada menunaikan janji. Rakyat tahu apa yang berlaku dan itulah
sebabnya mereka mengundi untuk menyingkirkan 
kerajaan terdahulu. Oleh itu, adalah penting bagi mereka untuk tidak
mengulangi kepimpinan (kesilapan) yang sama,” katanya kepada pemberita di Siri
Persidangan Affin Hwang Capital 2018 di sini, hari ini.
Daim berkata, kerajaan harus berusaha untuk memulihkan
keyakinan di kalangan pelabur untuk menarik mereka kembali ke negara ini.
Beliau berkata, 9 Mei menyediakan peluang keemasan kepada
Malaysia di mana setiap orang secara bersama menentang kleptokrasi dan berjuang
untuk kebebasan bersuara, keadilan untuk semua, ketelusan dan akauntabiliti.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Dalam tempoh enam bulan yang lalu, kerajaan telah jelaskan
apa yang perlu dilakukan dan telah mengambil pelbagai langkah kecil dan besar,
bagaimanapun destinasi kita masih jauh,” katanya.
Daim menggesa rakyat Malaysia memberi sedikit masa kepada
kerajaan yang diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinetnya,
yang bekerja keras untuk mereformasi ekonomi, yang merupakan perkara paling
penting untuk dilakukan sekarang.
“Orang ramai tidak sabar, mereka mengundi untuk perubahan
dan mahu melihat keputusan dengan segera. Janji telah dibuat tetapi apabila
kerajaan mengambil alih, tiba-tiba mendapati bahawa perbendaharaan itu kosong.
“Bagaimana mereka akan memenuhi janji-janji itu? Jadi ia
akan mengambil masa,” katanya.
Ahli perniagaan kelahiran Kedah, ahli politik dan bekas
Menteri Kewangan yang bersara 20 tahun yang lalu itu berkata, beliau bersyukur
kerana beliau telah bersara.
“Saya tidak mahu berada di kedudukan itu, sebab itu saya
bersara,” katanya.
Diminta mengulas mengenai Belanjawan 2019, beliau berkata,
ia sejajar dengan perjalanan Malaysia baharu.
Pada 2 Nov, Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan
Belanjawan 2019 dengan peruntukan sebanyak RM314.5 bilion, peningkatan sebanyak
RM24.1 bilion berbanding RM290.4 bilion dalam Belanjawan 2018, manakala
Belanjawan 2017 diperuntukkan RM260 bilion.
Daim menegaskan bahawa kawalan modal mungkin tidak berfungsi
untuk Malaysia sekarang kerana keadaan pasaran telah berubah, berbanding krisis
kewangan Asia 1997-1998.
“Dasar yang sama tidak akan berfungsi hari ini dan saya
menasihat kerajaan untuk tidak melaksanakan kawalan modal sekarang,” katanya.
Daim berkata, pengumuman dividen khas Petronas RM30 bilion
yang diumumkan dalam belanjawan baru-baru ini tidak akan menjadi masalah kerana
syarikat minyak negara mampu membuat pembayaran itu kepada kerajaan. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel