Connect with us

Berita Lain

Bukan bantah ICERD tapi tolak PM Dr Mahathir

Kedegilan UMNO dan Pas untuk terus berhimpun pada 8 Disember
bukanlah membantah ICERD sepenuhnya tetapi untuk mengajak rakyat menolak
kepimpinan Tun Mahathir. – Utusan Online
oleh Shahbudin Husin
Meskipun kerajaan semalam telah membuat keputusan tidak akan
meratifikasi atau mengesahkan ICERD, satu konvensyen PBB mengenai penghapusan
diskriminasi kaum, tetapi UMNO dan Pas nampaknya tetap mahu mengadakan
perhimpunan bantahan pada 8 Disember depan ini.
UMNO, melalui kenyataan yang dibuat oleh Presidennya, Zahid
Hamidi dan Setiausaha Agung, Annuar Musa menyatakan pengumuman kerajaan menolak
ICERD sekadar melalui kenyataan media yang tidak bertandatangan adalah tidak
memadai untuk dipatuhi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Sebaliknya, mereka menuntut ianya mesti dibuat dalam suatu
pengumuman di Parlimen.
Gambarannya ialah dengan menolak keputusan kerajaan itu
bermakna UMNO tetap akan berhimpun bersama dengan Pas pada 8 Disember nanti.
Kedua-dua Zahid Hamdi dan Annuar pernah menjadi menteri
sebelum ini, namun mereka terlihat sengaja menimbulkan persoalan baru berhubung
keputusan kerajaan menolak ICERD itu sebagai alasan untuk terus berhimpun dan
mencetuskan huru-hara dalam negara.
Sebetulnya, keputusan yang dibuat oleh kerajaan semalam
bukan semata-mata kenyataan media biasa oleh Pejabat Perdana Menteri atau
keputusan Tun Mahathir Mohamad seorang, tetapi ia adalah keputusan kabinet yang
dibuat secara sebulat suara oleh semua menteri-menteri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sesuai dengan kerajaan yang memutuskan tidak akan
menandatangani ICERD itu, maka sudah tentu keputusan oleh kabinet adalah yang
paling sesuai dan munasabah sekali dan cara yang biasa dilakukan ialah melalui
kenyataan akhbar.
Susahkah Zahid Hamidi dan Annuar nak faham dan hadam
mengenainya?
Kalau kenyataan akhbar yang tidak bertandatangan mahu
dipertikaikan, pernahkah Najib Razak, Zahid Hamidi atau Annuar sendiri
menurunkan tandatangan dalam kenyataan akhbar mereka sebelum ini?
Pas pula memberi alasan akan terus berhimpun pada 8 Disember
nanti sebagai tanda kesyukuran kerana ICERD akhirnya tidak akan ditandatangani
oleh kerajaan.
Maknanya, daripada berhimpun untuk membantah ICERD, Pas kini
mahu terus berhimpun kerana ICERD telah pun dibatalkan.
Pasti Islam ini pun pelik juga. Biasanya orang berhimpun di
tempat terbuka hanya kerana ingin menyatakan bantahan dan ketidakpuasan hati
terhadap sesuatu perkara, bukan untuk bersyukur
Kalau mahu mengadakan kesyukuran, buatlah di masjid atau
berziarah sambil bersedekah ke rumah anak-anak yatim.
Sebenarnya, sama seperti UMNO, Pas juga sudah hilang modal
untuk terus menggugat kestabilan kerajaan apabila kabinet dengan segera membuat
keputusan tidak akan menandatangani ICERD itu, meskipun mereka telah membuat
persiapan seperti menempah ribuan baju T dan melakukan kutipan derma melalui
tin-tin milo di pelbagai majlis ceramah kebelakangan ini.
Keinginan UMNO dan Pas untuk terus berhimpun pada 8 Disember
depan, meskipun setelah kerajaan memutuskan tidak akan menandatangani ICERD
tidak lain hanya menyerlahkan niat dan tujuan sebenar kedua-dua parti itu
melakukan bantahan.
Sepertimana kata Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri
melalui kenyataannya malam tadi, tidak perlu dan tidak munasabah lagi untuk
sesiapa meneruskan bantahan berikutan keputusan kerajaan berkaitan ICERD itu.
Sambil mengingatkan mereka yang mahu berbuat demikian bahawa
mereka kini tertakluk kepada Akta Perhimpunan Aman 2012 serta terikat dengan
syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh pihak polis, Muhyiddin juga menegaskan
tindakan tegas berlandaskan undang-undang turut akan diambil jika tercetusnya
ketegangan kaum serta agama menerusi perhimpunan itu nanti.
Faham tak?
Kalau tak faham lagi, barangkali hanya gari dan lokap saja
ubat paling mujarab untuk mereka itu, waima kepada Zahid Hamidi, Annuar Musa,
Hadi Awang atau Tuan Ibrahim Tuan Man sekali pun.
Apakah makna semua ini?
Kedegilan UMNO dan Pas untuk terus berhimpun pada 8 Disember
depan tidak lain memperlihatkan niat sebenar kedua-dua parti itu bahawa ICERD
bukanlah sasaran yang sebenarnya yang mahu mereka diperjuangkan, tetapi yang
dimatlamatkan ialah untuk mengajak rakyat menolak kepimpinan Tun Mahathir.
ICERD hanyalah alasan untuk membakar serta meniup semangat
rakyat agar menolak Tun Mahathir, malah kalau boleh, menjatuhkannya terus.
UMNO masih terasa sakitnya kehilangan kuasa, manakala Pas
semakin geram kerana tak pernah kesampaian hajatnya untuk memperolehi kuasa,
ditambah lagi Tun Mahathir yang dihina dan dicerca dengan pelbagai gelaran
sebelum PRU14 lalu, kini sudah pun berjaya menjadi Perdana Menteri akhirnya.
Bersekali dengan puluhan kes mahkamah yang sedang dihadapi
oleh Zahid Hamidi dan Najib Razak, kepuasan UMNO yang disokong oleh Pas hanya
akan tercapai apabila mereka berjaya mengoncang dan menjatuhkan Tun Mahathir.
Dalam hal ini, UMNO dan Pas jelas tidak boleh bersabar
menunggu tempoh PRU15 untuk bersaing kembali dengan Pakatan Harapan merebut
kuasa melalui cara yang sah.
Ini kerana PRU15 dianggap terlalu lama untuk ditunggu dan
ketika itu Zahid Hamidi dan Najib mungkin sudah berada di dalam penjara atas
sabitan berhubung kesalahan yang telah mereka lakukan.
Hanya dengan Tun Mahathir berjaya disingkirkan di mana
barangkali selepas itu sebuah kerajaan campuran yang baru akan dibentuk atau
setidak-tidaknya hadir seorang Perdana Menteri baru yang boleh dilembutkan
hatinya, maka barulah dilihat ada kemungkinan kes-kes mahkamah yang dihadapi
itu boleh digugurka atau kesalahan diampunkan.
Sebab itu, kerajaan perlu segera bertindak tegas dalam hal
ini. Jangan biarkan sentimen kaum dan agama terus dimain dan dibakar oleh UMNO
dan Pas yang tidak sukar difahami ada agenda lain di sebalik ICERD yang sedang
mereka mainkan.
Percayalah, jika perhimpunan 8 Disember nanti tidak pantas
ditangani dengan tegas oleh kerajaan, UMNO dan Pas akan terus bermaharajalela
memainkan sentimen kaum dan agama untuk kepentingan politik bagi mencapai
agenda besar mereka iaitu menolak Tun Mahathir.
Apabila sekali ia sudah dibiarkan bermula, mungkin sudah
terlewat untuk menghentikannya.
*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik
terkenal. Artikel pertama kali disiar di blognya adalah pendapat peribadi
beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian Malaysian Update.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel