Connect with us

Berita Lain

Dijatuhi hukuman mati kerana buat haji


XINJIANG – CHINA. Pihak berkuasa rejim komunis China di
barat laut Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur (XUAR) menjatuhkan hukuman mati ke
atas seorang ahli perniagaan yang juga dermawan etnik minoriti Uyghur terkenal,
Abdughapar Abdurusul, kerana mengerjakan haji di Arab Saudi.
Menurut abang mangsa, Abdusattar Abdurusul, Abdughapar yang
berasal dari daerah Bakyol di Ili Kazakh ditangkap pada Julai atau Ogos lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Yang terbaru saya dengar, adik saya dijatuhi hukuman mati
dan dia kini sedang menunggu pelaksanaannya. Alasannya ialah dia pergi ke Arab
Saudi untuk melaksanakan haji secara persendirian, tanpa menggunakan
perkhidmatan kerajaan,” katanya.
Katanya, Abdughapar tidak dibenar melantik peguam ketika
perbicaraan, sekali gus menunjukkan bahawa dia telah dihukum secara haram.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Walaupun semua hukuman mati perlu dikaji semula oleh
Mahkamah Agung China di Beijing, tetapi dalam kes Abdughapar, tidak dapat
dipastikan sama ada kes itu telah disiasat dengan adil.
Beliau berkata, Abdughapar bapa kepada empat anak memiliki
beberapa rangkaian kedai dan perniagaan, dan telah menggunakan wang sendiri
untuk membina sebuah masjid.
Selain itu, katanya, Abdughapar juga telah menjual sebuah
rumah lama milik keluarga sekitar 1 juta yuan (AS$144,000) pada April atau Mei,
sebelum ditangkap, sementara semua aset keluarganya berjumlah kira-kira 100
juta yuan (US$14.4 juta) dirampas.
“Abdughapar seorang dermawan yang suka membantu masyarakat …
(tetapi) sekarang kerajaan telah mengambil segala-galanya dan memusnahkan
sepenuhnya kehidupan keluarga itu,” kata Abdusattar.
Sebelum ini, anak lelaki sulung Abdughapar, Awzer, ditahan
pada 2017 selepas pulang dari belajar di Turki, dan isterinya, Merhaba Hajim
ditahan pada April tahun ini, katanya.
Abdusattar berkata, kakaknya Sayipjamal juga sudah hilang
untuk tempoh masa yang lama dan dianggap telah ditahan, sementara beberapa
kawannya dijatuhi hukuman penjara lebih daripada 18 tahun.
Kakitangan Biro Keselamatan Awam Wilayah Ili Kazakh di
bandar Ghulja, enggan menjawab pertanyaan serta menutup telefon apabila
dihubungi Radio Free Asia (RFA), mengenai kes Abdughapar.
Menurut agensi itu, seorang rakan lama yang enggan mendedahkan
identiti memberitahu dia juga pernah mendengar desas-desus hukuman mati ke atas
rakannya itu.
“Seorang kawan saya memanggil saya, mengatakan bahawa
Abdughapar telah dijatuhi hukuman mati. Saya juga mendengar bahawa isterinya
telah meninggal dalam penjara,” katanya. – Ismaweb

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel