Connect with us

Berita Lain

Dr M: Malaysia akan esktradisi Roger Ng jika diminta AS

Foto Kosmo! Online


KUALA LUMPUR ― Bekas eksekutif Goldman Sachs, Roger
Ng akan diektradisi dan dihantar terus ke Amerika Syarikat (AS) sekiranya ada
permintaan dari negara itu.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan ke
atas Ng akan diambil di AS kerana kesalahan itu berlaku di sana.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jika pihak Amerika minta supaya diekstradisi kita akan
terus hantar kepada Amerika,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis
Pimpinan Tertinggi Bersatu, di Menara Yayasan Selangor, di sini semalam.
Beberapa media sebelum ini melaporkan Ng ditahan di
Malaysia, dan bekas rakan sekerjanya Tim Leissner pula mengaku bersalah di New
York bagi kesalahan berkaitan urusan kewangan yang melibatkan 1Malaysia
Development Bhd (1MDB).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, ditanya mengenai bidaan bagi kapal mewah
“Equanimity” milik ahli perniagaan, Low Taek Jho ataupun lebih dikenali sebagai
Jho Low yang berakhir hari ini, Dr Mahathir berkata beliau belum mendapat
maklumat mengenai perkara itu.
Dr Mahathir juga dengan berseloroh berkata “Saya hendak beli
tetapi tidak cukup duit,” katanya.
Pada 19 Oktober lepas, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kapal
mewah Equanimity sebagai milik kerajaan Malaysia dan 1MDB, selepas pemilik
berdaftar gagal hadir menuntut kapal itu, dan kerajaan kini boleh menjualnya.
Mahkamah juga memutuskan dua syarikat 1MDB iaitu 1MDB Energy
Holdings Limited dan 1MDB Global Investment Limited sebagai pemilik sah dan
benefisiari kapal berkenaan, sehubungan itu, secara tidak langsung kerajaan
Malaysia adalah benefisiari kedua-dua syarikat itu. ― Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel