Connect with us

Berita Lain

Dr M: Tiada jawatan untuk Mustapa, bekas pemimpin Umno

Foto FMT

KOTA BARU — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
menegaskan tiada jawatan tertinggi kerajaan yang akan ditawarkan kepada bekas
menteri kabinet dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri
Mustapa Mohamad selepas pemimpin itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu).
Dr Mahathir berkata menjadi dasar kerajaan Pakatan Harapan
(PH) untuk tidak menawarkan jawatan bagi tempoh tertentu kepada mana-mana bekas
pemimpin Umno.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mereka mesti bersihkan diri daripada amalan kerajaan
terdahulu dan (kami) akan melihat tempoh tertentu buat mereka (pegang
jawatan),” katanya kepada pemberita selepas majlis beramah mesra dengan
pemimpin PH Kelantan di sebuah hotel di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu isteri perdana menteri, Tun Dr
Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Pengerusi
PH Kelantan Senator Datuk Husam Musa.
Dr Mahathir juga menjelaskan mana-mana pemimpin dan anggota
UMNO yang berhasrat menyertai PH, walaupun pada masa yang sama penyertaan
mereka dialu-alukan, tetapi perlu menerima prinsip yang diperjuangkan PH.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ditanya tentang jumlah royalti petroleum kepada Kelantan, Dr
Mahathir berkata beliau masih meneliti perkara itu kerana perlu melihat
pelbagai sudut sebelum membuat keputusan.
Menyentuh mengenai nasib nelayan, petani dan pekebun kecil
yang bakal terjejas pada musim tengkujuh ini, beliau  berkata kerajaan akan mencari kaedah sesuai
untuk membantu mereka.
“Pemberian insentif bukan jalan terbaik seperti yang diberikan
oleh kerajaan terdahulu kerana kita mahu mereka ada jalan usaha untuk mengatasi
masalah itu,” katanya.
Mengenai genap enam bulan kerajaan PH memerintah negara, Dr
Mahathir berkata beliau masih belum berpuas hati dengan prestasi kerajaan dan
banyak perkara yang perlu diberi perhatian terutama dalam usaha membantu
rakyat.
“Kalau tanya saya memanglah tidak berpuas hati lagi tetapi
usaha yang kita lakukan telah memperlihatkan rakyat gembira dan ceria terutama
dalam usaha membasmi rasuah,” katanya.
Perdana Menteri juga berkata berdasarkan prestasi
keseluruhan anggota kabinet yang dibentuknya, beliau yakin menteri-menteri
berkenaan akan sentiasa meningkatkan prestasi daripada semasa ke semasa.
“Saya sentiasa berjumpa dengan mereka dan berbincang
mengenai bagaimana mereka boleh menyelesaikan permasalahan dan meningkatkan
prestasi,” katanya. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel