Connect with us

Berita Lain

Eh salah UMNO pula, soal Najib


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
melabel kerajaan hari ini mempunyai format jawapan sama iaitu menyalahkan UMNO
dan dirinya.
Beliau sempat menasihatkan agar pimpinan Pakatan Harapan
(PH) melaksanakan tugas masing-masing terhadap rakyat.
“Eh salah UMNO pula? Saya rasa kerajaan hari ini ada
‘template’ jawapan. Kalau dah tak tahu nak buat atau cakap apa, salahkan UMNO
dan salahkan Najib.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Cukuplah dengan alasan-alasan. Rakyat dah bosan dengar
semua benda salah kerajaan lama. Buatlah kerja dan tunaikanlah janji,”
katanya melalui Facebook.

Beliau turut berkongsi berita Sinar Harian bertajuk ‘UMNO
tak peduli pun isu PTPTN yang melaporkan Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan
mendakwa UMNO tidak mempedulikan masa depan PTPTN dan anak bangsa.
Beliau secara sinis bersetuju dengan dakwaan tersebut sambil
menyenaraikan inisiatif BN.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Betullah UMNO tak peduli pun pelajar. Yang tak peduli
dululah yang laksanakan PTPTN buka peluang pengajian tinggi. Yang tak peduli
dululah yang hasilkan makin ramai graduan setiap tahun.
“Yang tak peduli dululah yang beri diskaun bayaran
balik sehingga 20 peratus. Yang tak peduli dululah yang beri pengecualian
bayaran balik dan biasiswa untuk semua pemegang ijazah pertama.
“Yang tak peduli dululah yang beri geran kepada
pencarum skim simpanan pendidikan. Yang tak peduli dululah yang benarkan
bayaran balik dengan KWSP dan diberi diskaun juga. Yang tak peduli dululah yang
lanjutkan tempoh mula bayar balik selepas pengajian kepada 12 bulan,”
katanya.
Tambahnya, “saya nak tanya, PH yang begitu prihatin dan
ambil berat hari ini, apakah bantuan yang telah diberikan kepada
pelajar?.”
Katanya lagi, walaupun bajet BN lebih kecil berbanding PH
namun banyak perkara dilakukan bagi meringankan beban graduan.
“Dulu Bajet BN kecil, kami tetap boleh bantu pelajar
dan meringankan beban graduan untuk bayar balik PTPTN.
“Kini, Bajet PH jauh lebih besar RM314.5 bilion tetapi
semua bantuan telah berkurangan atau ditarik balik. Yang hidup senang dan
selesa hari ini kamu (Wan Saiful) dan Dr Maszlee Malik (Menteri
Pendidikan),” katanya. – Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel