Connect with us

Berita Lain

Enggan duduk dikandang tertuduh, Najib boleh kena perintah menghina mahkamah

Najib Razak tidak mahu duduk di kandang orang kena tuduh
[OKT] ketika kes beliau dibacakan di mahkamah. – Foto The Malaysian Times
Keengganan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
untuk masuk ke kandang tertuduh pada prosiding sebutan kes salah guna jawatan
dan aktiviti pengubahan wang haram dihadapinya, boleh menyebabkan beliau
dikenakan perintah menghina mahkamah.
Peguam Fahmi Abdul Moin dilapor NSTP berkata, jika hakim
yang mendengar kes itu mengarahkan Najib berada di dalam kandang tertuduh dan
beliau enggan berbuat demikian, maka ia boleh membawa kepada tindakan menghina
mahkamah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata Najib boleh didenda atau dipenjarakan atas
tindakan itu kerana pada asasnya mana-mana tertuduh dikehendaki berada di dalam
kandang tertuduh tanpa mengira status atau kedudukan.
“Sekiranya tertuduh enggan duduk di dalam kandang tertuduh,
maka hakim atau majistret seharusnya menggunakan kuasa mereka untuk mengarahkan
tertuduh berada di tempatnya (kandang tertuduh).
“Tiada peruntukan spesifik di dalam Kanun Acara Jenayah
bahawa tertuduh harus duduk dalam kandang tertuduh tetapi ia proses yang
dihormati dalam mana-mana mahkamah di dunia iaitu mereka harus duduk di dalam
kandang dalam apa juga proses sama ada untuk pengurusan kes, sebutan atau pada
perbicaraan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Di dalam kes ini, walaupun alasan ia hanya sebutan kes,
tetapi keengganan beliau (Najib) duduk di dalam kandang adalah satu kelakuan
menghina mahkamah dan tidak menghormati institusi Kehakiman,” kata Fahmi yang
juga bekas Timbalan Pendakwa Raya.
Pada prosiding sebutan kes itu di Mahkamah Sesyen semalam,
Najib hanya duduk di kerusi bersebelahan kandang tertuduh dan enggan memasuki
kandang tertuduh walaupun sudah diminta polis untuk berbuat demikian.
Prosiding semalam adalah sebutan semula kes Najib berhubung
25 tuduhan salah guna kedudukan dan aktiviti pengubahan wang haram berkaitan
dana 1Malaysia Development Berhad.
Najib didakwa atas empat tuduhan iaitu sebagai Perdana
Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, menggunakan
kedudukannya bagi mendapatkan rasuah bagi dirinya sendiri.
Beliau didakwa menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan
berjumlah RM2,282,937,678.41 menerusi beberapa transaksi, di antara 24 Februari
2011 dan 19 Disember 2014.
Bagi 21 tuduhan lagi, Najib didakwa membabitkan diri dalam
aktiviti pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah
sama hasil daripada aktiviti haram.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel