Connect with us

Berita Lain

Equanimity berlabuh di Langkawi


Equanimity, kapal layar mewah yang dikaitkan dengan skandal
1MDB tiba di Langkawi hari ini untuk tujuan simpanan sementara selepas belayar
dari Pelabunan Klang, semalam.
Kapal sepanjang 92 meter itu kini berlabuh di Pangkalan
Markas Wilayah Laut Tiga (Mawilla 3) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di
Bukit Malut, kata Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Mohd Iqbal Ibrahim.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dua buah bot peronda polis iaitu PA45 dan PSC18 bersama
sebuah kapal perang TLDM, KD Teguh telah mengiringi kapal layar itu sepanjang
perjalanan sebelum tiba di sini jam 10.35 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi.
Beliau bagaimanapun tidak menyebut tempoh masa kapal mewah
itu akan berada di situ dan hanya menyatakan ia akan dikawal oleh TLDM di
pangkalan mereka.
Ketibaan kapal itu turut menarik minat orang ramai selepas
foto ia berlabuh di jeti pangkalan TLDM di sini tular di media sosial.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 26 Oktober lepas,Mahkamah Admiralti meluluskan terma
dan syarat bagi proses bidaan bagi kapal berkenaan yang telah bermula 29
Oktober lepas dan akan berakhir pada 28 November ini.
Peguam Ong Chee Kwan,yang mewakili 1MDB, telah menyatakan
mereka yang berminat untuk membida kapal itu perlu membayar deposit sebanyak AS$1
juta (RM4.17 juta).
Pada 19 Oktober lepas, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan kapal
mewah Equanimity sebagai milik kerajaan Malaysia dan 1MDB selepas pemilik
berdaftar gagal hadir menuntut kapal itu dan kerajaan kini boleh menjual kapal
itu.
Kapal mewah yang dinilai berharga AS$250 juta (RM1.42
bilion) itu dikatakan telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan Malaysia, Low
Taek Jho atau Jho Low, dengan menggunakan dana dari 1MDB.
Ia telah disita di Bali, Indonesia pada Februari lepas
sebelum kerajaan negara itu menyerahkannya kepada kerajaan Malaysia, Ogos
lepas. -Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel