Connect with us

Berita Lain

Ibu rayu penculik bebaskan anaknya



Seorang ibu hari ini merayu agar anak lelakinya yang diculik
dan dilarikan ke negara jiran sejak lebih setahun dibebaskan kerana keluarnya
telahpun menuruti segala kemahuan pihak penculik berkenaan.

Wan Shariza Wan Zulkifli, 51, berkata sejak Mohamad Aiman
Zafri, 25, dilarikan sekumpulan lelaki pada Julai tahun lepas dan membayar
RM22,000 sebagai wang tebusan namun anaknya itu sehingga sekarang masih belum
dibebaskan kumpulan itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tidak tahu bagaimana nasib anak kedua saya itu sama
ada masih hidup atau tiada dan saya berharap jika masih hidup, dia dapat
dilepaskan untuk kembali ke pangkuan keluarga,” katanya kepada pemberita di
Kota Bharu, hari ini.
Wan Shariza berkata anaknya dibawa lari dalam kejadian 11
malam di Jalan Pekeliling di sini pada 5 Julai 2017 tanpa mengetahui punca
sebenar anaknya itu dilarikan.
“Namun penculik ada meminta wang tebusan sebanyak RM50,000
dengan mengatakan anaknya itu ada berhutang dengan mereka,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ketika kejadian Mohamad Aiman serta isterinya Nur Azra
Syazwani Abdullah, 25, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dengan menaiki
sebuah kereta Perodua Kancil sebelum mereka berhenti di sebuah kedai runcit dan
secara tiba-tiba tiga lelaki bersenjatakan kayu keluar dari kereta dan memaksa
mangsa masuk ke kereta mereka.
Sementara itu, Nur Azra berkata, melalui panggilan telefon
daripada suaminya selang tidak lama selepas itu sempat memberitahu penculik
akan membawanya ke Pekan Golok, Selatan Thailand untuk berbincang suatu
perkara.
Dia yang bekerja sebagai penyambut tetamu sebuah hotel dekat
Wakaf Che Yeh di Kelantan, berkata selepas kejadian dia terus membuat laporan
polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kira-kira pukul 12 tengah
malam, hari yang sama berhubung kejadian.
Pada keesokannya, seorang lelaki menggunakan nombor telefon
pendaftaran negara jiran menghubungi dengan meminta wang sebanyak RM50,000
sebagai tebusan jika mahu melihat suaminya selamat.
“Ketika perbincangan kami merayu agar wang tebusan
dikurangkan daripada RM50,000 kepada RM20,000 dan ditambah lagi RM2,000 selepas
itu kerana tidak mempunyai wang dan selepas persetujuan dicapai wang berkenaan
diarah ditinggalkan di sebuah perhentian bas di Batu Karang, Rantau Panjang kira-kira
pukul 8 malam pada 14 Julai 2017,” katanya.
“Setelah berbuat demikian, kami diminta mengambil mangsa di
Pengkalan Lubok, Rantau Panjang. Namun, kami menunggu hingga pukul 1.00 pagi
tetapi suami saya tidak kelihatan,” katanya.
Nor Azra berkata suspek kemudian ada menghubungi keluarganya
lagi untuk mendapatkan baki wang tebusan dan kali terakhir mendapat berita
tentang mangsa pada 13 Ogos tahun lepas dan merayu agar suamniya itu dilepaskan
dan tidak dicederakan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supt
Noor Halim Nordin berkata, pihak polis sebenarnya masih meneruskan siasatan kes
yang diklasifikasikan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan
orang ke negara jiran.
Beliau berkata polis juga merujuk kes berkenaan kepada pihak
berkuasa negara jiran dan Interpol untuk sebarang maklumat.
“Berkaitan kes itu polis turut melakukan serbuan di
Rantau Panjang dan menahan seorang wanita dan empat lelaki berusia antara 21
hingga 26 tahun dan kita percaya kesemua yang terlibat mengenali antara satu
sama lain,” katanya.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel