Connect with us

Berita Lain

Imran Khan kunjungi SPRM, Malaysia tawar latihan bantu Pakistan atasi rasuah



Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, sempena lawatan kerja dua hari ke negara ini.

Beliau tiba kira-kira jam 3.30 petang tadi di pekarangan SPRM dan disambut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Imran adalah pemimpin asing pertama yang berkunjung ke SPRM yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) sejak ditubuhkan 51 tahun lalu.
Memetik BH Online hari ini, ketika kunjungannya, Imran yang meluangkan masa kira-kira 30 minit diberikan taklimat berhubung pengoperasian SPRM.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mohd Shukri berkata, ketika sesi taklimat berkenaan, Imran turut bertanyakan mengenai bidang kuasa dan proses siasatan dijalankan SPRM.
“Kita nyatakan kepada beliau iaitu undang-undang negara ini meliputi sesiapa saja, tidak kira siapa pun.
“Beliau juga bertanyakan sama ada adakah nilai had sogokan yang disiasat SPRM dan kita nyatakan, undang-undang di negara ini meliputi semua, tidak kira ia bernilai RM5 atau RM10,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata, beliau turut menawarkan kepada Pakistan untuk memberikan latihan dan kursus berkaitan kepada pegawai dan kakitangan pencegahan rasuah negara itu di SPRM.
“Di Pakistan, mereka ada satu badan dinamakan National Accountability Bureau (Biro Akauntabiliti Kebangsaan) dan ia ada kuasa menyiasat serta menahan tetapi diletakkan di bawah Kementerian Keadilan. Badan itu tidak sama macam SPRM dan ia bukan betul-betul ke arah pencegahan rasuah macam kita.
“Beliau (Imran) tidak menyebut (untuk memperluaskan bidang kuasa badan berkenaan), namun Perdana Menteri Pakistan itu seolah-olah mahu belajar dengan kita,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel