Connect with us

Berita Lain

Kemenangan Tok Mat di Rantau ‘tak aci’, kata Mukhriz


ALOR SETAR: Keputusan mahkamah mengenai pembatalan
kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas adalah suatu keputusan yang
tepat.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata ia merupakan suatu mandat kepada rakyat
di kawasan itu untuk memilih wakil rakyat mereka yang sebenar-benarnya
berdasarkan prinsip demokrasi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya sangat menghormati beliau (Mohamad) dia dulu
menteri besar (Negeri Sembilan)…tapi takkanlah dengan jawatan menteri besar
negeri itu sehingga perlunya ada seorang dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
itu sendiri yang memberi kemenangan yang tak aci, kemenangan tidak gentleman…
menghalang calon lain untuk bertanding sehinggakan dia (Mohamad) menang tanpa
bertanding,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan
persidangan Persatuan Bekas Tentera Laut Diraja Malaysa (PBTLDM) di Institut
Pengurusan dan Integiriti Kedah dekat sini hari ini.
Mahkamah Khas Pilihan Raya semalam memutuskan bahawa
kemenangan Mohamad di kerusi Dun Rantau pada PRU14 adalah tidak sah dan
terbatal dan PRK DUN itu perlu diadakan serta merta.
Sebelum ini Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO menang
tanpa bertanding kerusi tersebut selepas calon PKR Dr S. Streram dilarang masuk
ke pusat penamaan calon 28 April lepas, ekoran tidak memiliki pas yang
dikeluarkan SPR.
–BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel