Connect with us

Berita Lain

Kempen Rafizi guna pembesar suara, penyokong Azmin lapor JPP

Mansor Othman

KOTA SAMARAHAN, 10 Nov — Satu laporan rasmi telah dibuat
untuk perhatian Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berikutan penggunaan
pembesar suara semasa proses pemilihan PKR Sarawak Cabang Kota Samarahan.
Seorang calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Datuk Mansor
Othman berkata beliau difahamkan laporan rasmi telah dibuat berkenaan
penggunaan pembesar suara oleh penyokong calon Timbalan Presiden Rafizi Ramli.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya difahamkan laporan telah dibuat untuk tindakan JPP
PKR. Kita nampak tadi pun penggunan pembesar suara itu mengakibatkan berlaku
sedikit pertelingkahan antara anggota kedua-dua kem.
“Setakat pengalaman saya ke beberapa negeri sepanjang
pemilihan rasanya kalau tak salah tidak ada pembesar suara digunakan.
Bagaimanapun saya tekankan di sini situasi di Sarawak khususnya di Kota
Samarahan ini masih terkawal, masih lebih baik berbanding beberapa kejadian
tidak diingini berlaku di lokasi serta negeri lain sebelum ini,” katanya yang
juga Pengerusi PKR Pulau Pinang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau yang berada dalam pasukan calon Timbalan Presiden
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau
perjalanan pemilihan PKR Sarawak Cabang Kota Samarahan di Dewan Institut
Latihan Perindustrian (ILP) Kota Samarahan di sini hari ini.
Bernama difahamkan calon Ketua Cabang Kota Samarahan Jemree
Sabli telah memaklumkan penggunaan pembesar suara itu kepada Ketua Pengawas
Pusat Mengundi pagi tadi.
Tinjauan mendapati pembesar suara tersebut digunakan dalam
satu daripada tiga khemah pasukan Rafizi di depan luar pagar ILP Kota Samarahan
sejak awal pagi (kira-kira 8.30 pagi).
Selain digunakan untuk menyiarkan lagu, pembesar suara itu
juga menjadi alat komunikasi meminta anggota PKR datang untuk mengundi Rafizi.
Penggunaan pembesar suara itu mengundang rasa tidak puas hati
dalam pasukan Mohamed Azmin menyaksikan berlaku pertikaman lidah antara
penyokong kedua-dua seteru itu namun tiada perkara tidak diingini berlaku. —
Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel