Connect with us

Berita Lain

Kerajaan kleptokrasi bebankan rakyat dengan tarif elektrik

Datuk A Kadir Jasin mendakwa empat hingga enam lesen baru
lesen konsesi penjana elektrik bebas (IPP) mungkin dibatalkan kerana
membebankan TNB dan rakyat sebagai pengguna. – Foto SelangorKini
oleh A Kadir Jasin
DASAR “cash is king” kerajaan lama Barisan Nasional (BN)
menular secara sistematik dan berleluasa sehingga boleh dikatakan tidak ada
institusi yang tidak diperalatkan.
Penyiasatan oleh kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) dengan
bantuan Majlis Penasihat Ekonomi (Council of Emiment Persons/CEP) mendapati
sistem pemberian kontrak dan konsesi zaman kleptokrasi (kerajaan yang mencuri)
merugikan negara dan membebankan rakyat jelata.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak
mengamalkan dasar “duit adalah raja” dengan harapan mendapat taat setia dan
sokongan semua lapisan masyarakat tanpa pengecualian.
Antara badan yang teruk dibebani oleh amalan ini adalah
Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ini berkesudahan dengan kerajaan membatalkan
beberapa lesen konsesi penjana elektrik bebas (IPP) yang dikeluarkan pada
beliau.
Pemberian tidak terkawal lesen IPP ini menyebabkan TNB
dibebani kos operasi tambahan apabila terpaksa (atau dipaksa) membeli elektrik
yang tidak diperlukan yang dijana oleh IPP.
TNB pula akan memindahkan beban kos itu kepada pengguna
dalam bentuk tarif elektrik yang lebih mahal.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam bahasa yang mudah, pengguna dipaksa membayar tarif
yang lebih tinggi daripada sepatutnya supaya pemegang konsesi IPP mendapat
keuntungan terjamin selama sehingga 25 tahun.
Walaupun penjanaan menggunakan sistem IPP telah membantu
menjamin bekalan yang stabil, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini
terlalu banyak lesen IPP dikeluarkan.
Boleh dikatakan semua lesen baru ini diputuskan secara
rundingan terus dan kebanyakan penerimanya adalah orang yang tidak pernah
terlibat dengan penjanaan elektrik atau yang sepatutnya tidak terbabit dengan
perniagaan.
Akibatnya TNB, sebagai pembeli tunggal elektrik yang dijana
oleh IPP di Semenanjung, mempunyai bekalan yang tidak diperlukan yang jauh
lebih tinggi daripada margin rizab (reserve margin) 30 peratus yang diperlukan.
Margin rizab ini diperlukan untuk menghadapi kemungkinan
seperti permintaan yang naik secara mendadak atau apabila berlaku penutupan
penjana kerana kecemasan atau untuk penyelenggaraan.
Pada 25 Oktober lalu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam
Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin mengumumkan pembatalan empat lesen IPP
atas alasan gagal mematuhi syarat.
Empat lesen IPP yang dibatalkan itu adalah:
1.Usaha sama Malakoff Corp Bhd-TNB di Kapar, Selangor dengan
daya penjanaan 700MW menggunakan gas;
2.Aman Majestic Sdn Bhd-TNB di Paka, Terengganu dengan
keupayaan 1,400MW menggunakan gas;
3.Penjana hidro usaha sama Sabah Development Energy
(Sandakan) Sdn Bhd – SM Hydro Energy Sdn Bhd di Sandakan, Sabah; dan
4.Penjanaan tenaga solar 400MW oleh Edra Power Holdings Sdn
Bhd milik China. Edra ini asalnya milik 1MDB, tetapi dijual kepada China untuk
bayar balik sebahagian hutang 1MDB.
Sumber-sumber memberitahu dua buah lagi projek sedang dipertimbangkan
pembatalannya, iaitu Tadamax di Pulau Indah, Selangor dengan cadangan kapasiti
1,400MW dan THB Power Sdn Bhd dengan cadangan kapasiti 1,400MW juga di Gurun,
Kedah.
Tanpa penjana-penjana ini pun, bekalan elektrik yang
terpaksa dibeli oleh TNB dalam jangka pendek akan melebihi rizab yang
ditetapkan.
Misalnya, apabila IPP Tuah milik Edra di Melaka mula
beroperasi pada tahun 2021, rizab TNB akan melambung kepada 46 peratus dan jika
pembinaan IPP yang sudah dilesenkan itu diteruskan, lebihan akan meningkat
kepada hampir 50 peratus pada tahun 2024.
Dalam bahasa yang mudah, pengguna dijadikan mangsa dengan
kadar tarif elektrik yang lebih tinggi daripada sepatutnya semata-mata bagi
memperkayakan beberapa orang kenamaan dan kapitalis.
Identiti mereka bukanlah rahsia tetapi saya tidak akan
dedahkannya kerana projek mereka telah pun dibatalkan dan mungkin mencetuskan
satu lagi kontroversi jika dihebahkan.
Ironinya, lembaga pengarah dan pengurusan kanan TNB yang
membuat keputusan merugikan itu masih belum diganti walaupun ada khabar
mengatakan mereka akan ditukar tidak lama lagi.
Mereka ini wajib mengambil tanggungjawab atas keputusan yang
mereka buat tidak kiralah sama ada mereka melakukannya secara bebas atau kerana
wahyu daripada kerajaan lama.
Kesimpulannya, kalau BN terus berkuasa dan penjanaan
elektrik yang berlebihan ini diteruskan maka TNB akan dibebani bekalan
berlebihan dan pengguna dipaksa membayar kadar tarif yang lebih tinggi.
Tekanan harga elektrik tetap ada kerana kos penjanaan akan
naik jika harga gas dan arang batu naik. Tetapi setidak-tidaknya buat masa ini
tekanan harga kerana bekalan yang berlebihan sedang dikurangkan dengan
pembatalan empat hingga enam IPP berkenaan.
Sementara itu, dalam Belanjawan 2019, kerajaan telah
mengumumkan penambahan subsidi elektrik kepada pengguna kecil daripada RM20
sebulan kepada RM40.
Wallahuaklam.
*Datuk A Kadir Jasin adalah bekas ketua unit media Majlis
Penasihat Kerajaan Pakatan Harapan dan merupakan pemimpin tertinggi parti
BERSATU.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel