Connect with us

Berita Lain

Kerajaan tidak cukai orang kaya, elak kejutan pasaran, Guan Eng


KUALA LUMPUR, 14 Nov — Kerajaan tidak bercadang mengenakan
cukai kemewahan terhadap golongan kaya di negara ini bagi menggelak kejutan
terhadap  pasaran modal dan kewangan,
kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Katanya, kerajaan kini dalam proses memulihkan kedudukan
fiskal defisit yang dihadapi negara dan sebarang dan pengenalan cukai
sedemikian seperti cukai keuntungan modal dikhuatiri  akan menjejaskan usaha tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan telah menubuhkan
Jawatankuasa Reformasi Cukai untuk mengkaji cukai-cukai yang akan dilaksanakan
dalam Belanjawan 2019.
Bagaimanapun, katanya, cukai kemewahan tidak diketengahkan
setelah ia mendapat maklum balas daripada beberapa pihak termasuk Bank Negara,
Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Kewangan.
“Ini berikutan kebimbangan pulangan yang diterima oleh
kerajaan tidak akan seimbang dengan kesan impak negatif terhadap pasaran modal
dan juga kedudukan kewangan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Oleh itu, jika langkah itu dijalankan dalam keadaan fiskal
yang agak mencabar ini, ia juga akan merupakan satu kejutan kepada pasaran
modal dan kewangan,” kata Lim menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim
(PH-Pasir Gudang) dan Datuk Seri Ronald Kiandee (BN-Beluran) pada persidangan
Dewan Rakyat hari ini.
Hassan dan Kiandee bertanya kepada Lim kenapa kerajaan tidak
mahu mengenakan cukai kemewahan kepada golongan kaya sebagai satu langkah untuk
meningkatkan pendapatan kerajaan.
Lim berkata cukai sedemikian juga tidak dikenakan oleh
negara-negara jiran.
“Saya fikir apa yang kita patut buat sekarang ialah kita
jangan terlalu ghairah sehingga kita kejutkan sistem secara keseluruhan,”
katanya.
Katanya, kerajaan juga telah menyasarkan tempoh tiga tahun
untuk memulihkan kedudukan fiskal dan kewangan negara, sekali gus meletakkan
semula Malaysia ke landasan yang betul. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel