Connect with us

Berita Lain

Kes dera Nur Muazara: Ibu tidak dapat terima penjelasan pengasuh

KUALA LUMPUR – Pengasuh kepada Nur Muazara Ulfa Muhammad
Zainal memberi alasan tidak tahu apa yang berlaku apabila disoal oleh ibu bayi
malang itu mengenai kecederaan yang dialami anak keduanya itu.
“Kalau abe (suami) akak salah, akak terima je (sahaja) ..
sbb aku btl2 (betul-betul) xth (tak tahu)…skrg (sekarang) ni abe (abang) kat
balai polis kalau ye (betul) salah akak terima,” itu respons balas
pengasuh berkenaan melalui aplikasi WhatsApp kepada ibu Zara, Noraihan Ab.
Aziz, 22, pada Khamis lepas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Jawapan itu diberi selepas Noraihan menyoal beliau tentang
kesan koyakan sehingga satu sentimeter di kemaluan anaknya berusia 11 bulan
selain mendesak pengasuh itu untuk berterus terang sama ada suaminya melakukan
perkara terkutuk tersebut.
“Kalau disebabkan tercekik buah epal, macam mana kepala
bayi saya boleh retak tiga tempat, macam mana kemaluan anak saya boleh
terkoyak? Hati saya kuat mengatakan suami akak bersalah,” soalnya kepada
pengasuh menerusi aplikasi WhatsApp tetapi pengasuh hanya meminta maaf dan
membalas tidak tahu-menahu akan perkara itu.
Noraihan dimaklumkan pihak Hospital Serdang pada petang Rabu
bahawa Zara dihantar ke hospital itu oleh pengasuh dan suaminya selepas
pasangan itu mendakwa bayi berkenaan tercekik epal.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Mesej WhatsApp bertarikh 8 November itu didedahkan kepada
Bernama hari ini.
Zara meninggal dunia pada Jumaat selepas dua hari berada
dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, dipercayai akibat didera secara
fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhnya sendiri.
Menjelaskan mengenai kecaman masyarakat bahawa beliau lambat
bertindak setelah mendapati kesan lebam pada tubuh Zara, ibu kepada dua anak
itu menjelaskan beliau terpaksa menghantar Zara kepada pengasuh tersebut
sementara mengambil pengasuh baharu.
“Saya terpaksa hantar Zara minggu tersebut kerana tiada
pengasuh lain dan saya pujuk diri saya, tak apa, minggu ini sahaja, bertahanlah
sehingga saya dapat berhubung dengan pengasuh lain,” katanya sebak
mengenangkan kisah itu.
Zara selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lubok
Gong, Kelantan, jam 7.50 pagi Sabtu.
Suami pengasuh yang bekerja sebagai penggunting rambut
ditahan reman selama lima hari sehingga 13 November dan ujian saringan air
kencing dilakukan terhadap suspek didapati positif methamphetamine.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana
membunuh. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel