Connect with us

Berita Lain

Komplot singkir MB Perak: Pas tidak terlibat



IPOH – Pas Perak tidak mengetahui wujud gerakan untuk menyingkirkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melalui undi tidak percaya.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya sama sekali tidak terlibat malah tidak langsung dihubungi mana-mana pihak berkaitan perkara tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Menurutnya, Pas Perak berpegang kepada prinsip yang mengiktiraf kerajaan sedia ada berlandaskan proses demokrasi.

“Kita menentang dari awal tindakan menjatuhkan kerajaan sebagaimana kita telah rasa pada tahun 2009.

“Maka kita tidak akan melakukan perkara itu ke atas MB sekarang,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak, hari ini.

Semalam, Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad mendedahkan beberapa Adunnya dihubungi lebih daripada seorang Exco kerajaan Perak bagi mendapatkan sokongan untuk usul undi tidak percaya kepada menteri besar.
Advertisement


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Bagaimanapun hari ini, Ketua Armada Bersatu Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh meminta pemimpin PH menyiasat perkara tersebut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel