Connect with us

Berita Lain

Lagi 2 Adun sertai Bersatu selepas enam bulan keluar Umno


Dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bebas di Johor
disahkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekaligus
menjadikan kerusi yang dipegang oleh Pakatan Harapan (PH) kini sebanyak 39
kerusi.
Dua Adun itu yang merupakan bekas ahli Umno ialah Adun
Sedili, Rasman Ithnain dan Adun Johor Lama, Rosleli Jahari.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Osman Sapian yang
juga Pemangku Pengerusi PH Johor hari ini.
Osman, yang juga Pengerusi Bersatu Johor itu berkata
keahlian Rasman dan Rosleli sebagai ahli Bersatu, sah diterima mulai 19
November lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ini bermakna tiada lagi Adun bebas di Johor.
Sebelum ini Adun Endau (Alwiyah Talib) juga sah menyertai
Bersatu sejak dua bulan lalu, katanya selepas taklimat sempena pembentangan
Belanjawan Johor 2018 bersama ketua-ketua biro media Johor, di Iskandar Puteri,
Johor petang tadi.
Osman berkata parti itu mengambil masa yang lama kerana
perlu melalui prosedur dan tapisan bagi memastikan ketiga-tiga Adun itu
benar-benar layak dan boleh menyertai Bersatu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, PH memenangi 36 daripada 56
kerusi DUN dengan DAP memenangi 14 kerusi, Parti Amanah Negara (sembilan
kerusi), Bersatu (lapan kerusi) dan PKR (lima kerusi) manakala Barisan Nasional
(BN) memenangi 19 kerusi dan PAS satu kerusi.
Bagaimanapun, tiga Adun Umno telah mengumumkan keluar dari
BN dan menyatakan hasrat untuk menyertai Bersatu pada 12 Mei lepas.
Dengan kemasukan tiga Adun berkenaan, kerusi BN menjadi 16
kerusi dan Pas kekal dengan satu kerusi.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel