Connect with us

Berita Lain

Larangan pantun hanya pada acara rasmi rejimen, jelas Angkatan Tentera


KUALA LUMPUR, 5 Nov — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menegaskan arahan larangan berpantun hanya tertakluk kepada semua majlis rasmi ketenteraan yang bersifat regimental.
ATM menjelaskan arahan larangan itu adalah sebagai peringatan dalaman kepada semua markas perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melarang juruacara menggunakan pantun dan jenaka ketika majlis rasmi ketenteraan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Majlis rasmi ATM adalah bersifat rejimental dan perlaksanaannya dilakukan dengan penuh tertib, adab dan etika ketenteraan seperti acara melibatkan Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja dan pembesar negeri, acara perbarisan dan majlis rasmi peringkat ATM.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“ATM masih memberi kelonggaran penggunaan pantun, gurindam, seloka dan seumpamanya dalam majlis yang tidak bersifat rejimental,” demikian menurut kenyataan itu, dan menolak dakwaan bahawa organisasi itu mengenepikan adat dan budaya berikutan isu larangan berkenaan.
Semalam, bekas penasihat sosio budaya kerajaan Tan Sri Rais Yatim mempertikaikan arahan larangan berpantun dalam majlis rasmi ATM.
Rais menerusi ciapan Twitternya turut berkongsi surat perkeliling bertarikh 2 Nov, ditandatangani Ketua Staf Markas ATM, Datuk Kamalruzaman Mohd Othman, yang menyatakan arahan larangan penggunaan pantun di dalam skrip juruacara majlis rasmi ketenteraan ATM. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel