Connect with us

Berita Lain

Mahkamah tolak permohonan Najib kecuali diri daripada hadiri prosiding


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak
permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk mengecualikan
diri daripada menghadiri prosiding pengurusan kes bagi kesemua pertuduhan
dihadapinya.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan itu
selepas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon kehadiran anak guamnya
dikecualikan pada pengurusan kes berhubung tiga tuduhan pecah amanah dan satu
salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn
Bhd.
Nazlan dalam penghakimannya berkata, kehadiran Najib adalah
perlu bagi membolehkan beliau mengikut prosiding kesnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Beliau perlu hadir, namun jika perkara itu tidak
dipertikaikan, mungkin mahkamah boleh mempertimbangkan.
Terdahulu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang
mewakili Najib, mempersoalkan kehadiran anak guamnya memandangkan prosiding
hanya membabitkan pihak pendakwaan dan pembelaan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Sulaiman
Abdullah, memberitahu kehadiran Najib adalah perlu kerana membabitkan kes
penting.
“Setakat ini pihak kami tidak menerima sebarang arahan,
namun secara peribadi beliau perlu hadir,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 29 November ini untuk
sebutan semula dan pengurusan kes.
Sementara itu, mahkamah turut membenarkan kes membabitkan 25
pertuduhan rasuah dan kegiatan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM2.3
bilion dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan
permohonan Najib yang diwakili peguam, Havinderjit Singh, manakala Timbalan
Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili pihak pendakwaan,
memberitahu mahkamah pihaknya tiada sebarang bantahan terhadap permohonan
memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
Najib sebelum ini berdepan dengan empat siri pertuduhan di
mahkamah iaitu pada 4 Julai, 7 Ogos, 20 September dan 25 Oktober.
Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa atas tiga pertuduhan pecah
amanah dan satu pertuduhan rasuah, secara keseluruhan membabitkan wang
berjumlah RM42 juta.
Pada 8 Ogos pula, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga
tuduhan diri dalam kegiatan pengubahan wang haram.
Sementara itu, pada 20 September, Najib mengaku tidak
bersalah terhadap 25 pertuduhan termasuk empat tuduhan rasuah dan 21 pertuduhan
membabitkan diri dalam kegiatan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM2.3
bilion.
Manakala pada 25 Oktober, Najib bersama Bekas Ketua
Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, didakwa
bersama atas enam tuduhan pecah amanah wang milik kerajaan berjumlah lebih
RM6.6 bilion. – BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel