Connect with us

Berita Lain

Najib dan 5 lagi termasuk bekas menteri dijangka hadapi pertuduhan baru


Datuk Seri Najib Razak, dua bekas menteri dan seorang bekas
timbalan menteri dijangka didakwa di mahkamah dalam masa terdekat kerana
terbabit pelbagai kes penyelewengan projek bernilai jutaan ringgit.
Seorang bekas pegawai khas Najib dan seorang Ahli Parlimen
juga dijangka menghadapi tuduhan.
Dua bekas menteri dan bekas pegawai khas itu berkemungkinan
didakwa minggu depan, manakala yang lain proses siasatan masih diteruskan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kes membabitkan Najib, seorang bekas menteri dan bekas
pegawai khas itu difahamkan berkaitan projek pembekalan dan pemasangan panel
tenaga solar kepada 369 sekolah di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Projek itu mencetuskan kontroversi selepas portal Sarawak Report mendedahkan beberapa surat
ditandatangani Najib yang mengarahkan Kementerian Pendidikan menganugerahkan
projek dan membuat pembayaran terus kepada syarikat 
penyewaan kenderaan berkenaan walaupun terma
dalam kontrak tidak dipenuhi oleh syarikat itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Memetik laporan portal BH Online lagi, pada Julai lalu, seorang bekas pegawai khas Najib ditahan reman
bagi membantu siasatan berhubung projek itu.
Pada Oktober pula, media melaporkan bekas Menteri
Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi keterangan selama lima jam kepada
SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes sama.
Bagi kes seorang lagi bekas menteri, media melaporkan sebanyak 97 transaksi
meragukan membabitkan penjualan tanah DBKL seluas 273.27 hektar bernilai RM5.63
bilion disiasat oleh satu pasukan khas ditubuhkan Kementerian Wilayah
Persekutuan serta SPRM sejak 31 Julai lalu.
Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad, dilaporkan berkata
daripada jumlah itu, 43 transaksi diteruskan jualan, 23 dirunding semula, 20
akan disiasat SPRM, 10 transaksi dibatalkan dan satu transaksi dibawa ke
mahkamah oleh pemaju.
Lima daripada 43 transaksi itu dijual pada harga rendah
berbanding harga sebenar, namun pasukan petugas khas mendapati penjualan tanah
itu boleh diteruskan kerana membabitkan pembangunan Rumah Mampu Milik Wilayah
Persekutuan (RUMAWIP).
Bulan lalu, bekas menteri kementerian itu, Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor mengakui SPRM memanggilnya lebih 12 kali berhubung isu
penjualan tanah DBKL.
Bagi kes bekas timbalan menteri pula, ia dipercayai
membabitkan penyelewengan dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
bernilai RM25 juta yang juga menunggu masa untuk diseret ke mahkamah.
Kes Ahli Parlimen yang juga bekas pengerusi sebuah agensi
berkaitan kerajaan itu pula berkaitan komisen yang diperoleh daripada pelbagai
projek kerajaan.
Antaranya, pembinaan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE)
sejauh 316 kilometer, pembelian ambulans oleh Kementerian Kesihatan dan
penambaikan jalan raya di beberapa lokasi di Semenanjung.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel