Connect with us

Berita Lain

Pasar raya besar tidak dibenar beoperasi di pedalaman

Foto The Star

Kerajaan tidak akan membenarkan pasar raya besar beroperasi
di kawasan pinggir bandar dan pedalaman, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata ia bagi membantu kelangsungan perniagaan
kedai runcit kecil yang beroperasi di kawasan-kawasan tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada masa ini, beliau berkata pasar raya besar menguasai 65
peratus daripada pasaran runcit dalam negara manakala 35 peratus lagi dipunyai
kedai-kedai runcit kecil.
“Pasar raya besar sangat mengharapkan kerajaan membuka
halangan supaya mereka juga boleh beroperasi di kawasan pedalaman. Itu kita
tidak benarkan kerana ia akan menyebabkan industri runcit kecil terjejas,”
katanya semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019
bagi KPDNHEP di Dewan Rakyat malam ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata kerajaan terpaksa mengimbangi keadaan
tersebut walaupun menyedari kewujudan pasar raya besar di pinggir bandar akan
menawarkan barangan runcit pada harga lebih murah kepada pengguna.
“Kelebihan pasar raya besar ialah dia boleh beli barangan
dengan harga murah, dia beli banyak, jadi dia boleh jual murah, jual murah baik
untuk pengguna.
“Di sisi lain, jika kita benarkan mereka sampai ke pinggir
bandar ia akan menguntungkan pengguna tapi kesannya pula kedai runcit tak
hidup, jadi kita terpaksa mengimbangkan keadaan ini,” katanya.
Persidangan Dewan Rakyat disambung esok. — BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel