Connect with us

Berita Lain

Pelajar sekolah pun merasuah, kata KP SPRM


PUTRAJAYA, 13 Nov — Perlakuan rasuah turut berlaku di
sekolah serta melibatkan murid, demikian dedah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
Pada Forum Permuafakatan SPRM-Kementerian Pendidikan di sini
hari ini, Mohd Shukri  mendedahkan
terdapat kes pelajar memberi wang rasuah kepada rakan sekelas bagi membolehkan
dilantik sebagai ketua kelas dan ada juga kes untuk mendapat sokongan sebagai
ketua pengawas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

 ”Kalau kecil-kecil
macam ini sudah pandai bermain dengan duit macam mana nak harap mereka jadi
pemimpin satu hari nanti,” katanya ketika menjadi panel pada forum itu, sambil
menegaskan kepentingan pendidikan awal benci rasuah diterapkan.
Di sekolah juga, dedahnya terdapat kes guru meminta ‘seks’
daripada pelajar untuk lulus peperiksaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mohd Shukri berkata SPRM sudah mencadangkan kepada
Kementerian Pendidikan dan bertemu Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik supaya
menjadikan subjek rasuah sebagai subjek wajib peperiksaan di sekolah.
Beliau menegaskan budaya anti rasuah perlu ditanam dalam
diri pelajar dari peringkat awal lagi bagi mengelak ia merebak mereka apabila
dewasa.
“Biar peringkat awal ditanam benci rasuah kerana kerana
keadaan rasuah ketika ini amat membimbangkan,” katanya.
Mohd Shukri pada forum itu berkata pelakuan rasuah yang
berlaku di negara ini sangat memalukan dan amat membimbangkan sehingga hari ini
negara luar memandang Malaysia sebagai negara kleptokrasi.
“Selalu orang bertanya rasuah di Malaysia meningkat atau
turun, penceramah selalu tak berani nak cakap benar, selalu cakap rasuah di
Malaysia ini boleh dikawal, lebih kurang macam itu.
  “Tapi saya ini tak
suka cakap tak benar, saya cakap terus terang, rasuah di Malaysia membimbangkan,
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada 2014 markah kita 52 sahaja dan menunjukkan
trend penurunan sehingga kepada 47 markah tahun lalu.
“Adakah indeks ini makin baik atau makin buruk? Ini adalah
fakta, kita terkenal di mata dunia sebagai negara kleptokrasi, bukan negara
integriti, memang memalukan,”katanya.
“Adakah indeks ini makin baik atau makin buruk? Ini adalah
fakta, kita terkenal di mata dunia sebagai negara kleptokrasi, bukan negara
integriti, memang memalukan,”katanya
Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 dikeluarkan
Transparency International (TI) pada Februari lepas mendapati Malaysia mencatat
penurunan daripada kedudukan ke-55 kepada kepada 62 daripada 180 negara.
Malaysia memperoleh markah 47 daripada 100 dalam ditetapkan
TI. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel