Connect with us

Berita Lain

Penduduk Selangor bertambah dua juta, B40 tetap dapat air percuma

Foto NST

SHAH ALAM, 26 Nov — Bilangan rakyat Selangor yang semakin
meningkat merupakan antara faktor pemberian air percuma hanya terhad kepada
golongan berpendapatan rendah (B40) bermula tahun depan, kata Menteri Besar
Selangor Amirudin Shari.
Beliau berkata disebabkan faktor itu, pemberian air percuma
perlu dirasionalisasikan selaras dengan perbelanjaan kerajaan negeri yang turut
meningkat.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Semasa pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (bekas
menteri besar), jumlah rakyat Selangor waktu itu (2008-2014) hanya 4.6 juta
sahaja, tetapi kini telah meningkat iaitu 6.4 juta.
“Sebab itu kita perlu menyusun perbelanjaan kita berdasarkan
keadaan semasa selain melihat kepada kedudukan kewangan negeri,” katanya kepada
pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau diminta mengulas mengenai pelaksanaan pemberian air
percuma yang akan terhad kepada golongan B40 bermula tahun depan dan bukan lagi
untuk seluruh isi rumah di negeri itu seperti dinikmati sejak 2008.
Jumaat lepas, Amirudin berkata kerajaan Selangor akan
membuat penjajaran semula berhubung pelaksanan air percuma 20 meter padu
sebulan dengan tumpuan diberi kepada golongan B40.
Beliau dilaporkan berkata, langkah itu dibuat berikutan
kerajaan negeri yakin kumpulan B40 lebih berkeperluan untuk mendapatkan air
percuma selain lebih menghargai bantuan tersebut.
Menurut Amirudin, kos air percuma yang diberikan kepada
seluruh lapisan rakyat pada waktu ini juga mungkin boleh dijimatkan pada masa
akan datang sekiranya ia hanya diberikan kepada golongan bersasar.
“…dan kos ini pula boleh digunakan untuk tujuan lain
termasuk menaikkan taraf infrastuktur di negeri ini,” katanya. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel