Connect with us

Berita Lain

Pertemuan Dr M, Putin mungkin bincang MH17



Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan
mesyuarat dua hala dengan Presiden Russia Vladimir Putin di luar Sidang
Kemuncak ke-33 ASEAN di Singapura nanti.

Mesyuarat dijadulkan pada hari Selasa. Putin berada di
negara pulau ini untuk menghadiri Sidang Kemuncak ke-3 ASEAN-Russia dan Sidang
Kemuncak ke-13 Asia Timur.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah yang mengesahkan
pertemuan itu berkata insiden Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh semasa
melalui zon konflik di Ukraine Timur pada tahun 2014, mungkin akan menjadi
antara tajuk perbincangan.
“Pendirian kita sentiasa jelas, kita masih menunggu laporan
konklusif dari Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT),” katanya dalam satu
persidangan media di Singapura hari ini.
Selepas empat tahun siasatan berhubung insiden Penerbangan
Malaysia MH17 itu, pasukan JIT yang diterajui negara Belanda itu berkata
pewasat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Russia, BUK TELAR.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pasukan itu percaya senjata BUK TELAR digunakan untuk
menembak jatuh MH17, dan ia berasal dari Briged ke-53 Anti-Aircraft Missile
(53rd Brigade), yang merupakan satu unit Tentera Rusia dari Kursk dalam
Persekutuan Russia.
Anggota JIT terdiri daripada polis dan pendakwaraya dari
Belanda, di samping para pegawai dari Malaysia, Australia, dan Ukraine.
Pesawat Boeing 777 itu sedang dalam perjalanan dari
Armsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia ditembak semasa melintasi zon konflik di
Ukraine Timur, mengakibatkan 298 orang terbunuh.
Selain Putin, Dr Mahathir juga akan mengadakan mesyuarat dua
hala dengan Perdana Menteri Australia Scott Morrison dan Perdana Menteri New
Zealand Jacinda Ardern.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel