Connect with us

Berita Lain

PM lawat Adib, perusuh ada niat membunuh

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendengar
penerangan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara Datuk Seri Dr. Mohd
Azhari Yakub ketika melawat anggota Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut
Jantung Negara semalam. Adib cedera parah diserang kumpulan perusuh yang
berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25. Turut kelihatan Head of ECMO
Services Datuk Dr Mohd Nazeri Nordin. – BERNAMA
KUALA LUMPUR 29 Nov. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan
rusuhan yang hampir meragut nyawa anggota bomba di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ
25, Putra Heights, Subang Jaya dekat sini mempunyai niat untuk membunuh mangsa,
Muhammad Adib Mohd Kassim, 24.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kesal dengan nasib menimpa mangsa, Perdana Menteri berkata,
kumpulan tersebut jelas terdiri daripada mereka yang tiada perasaan.
“Saya tengok kepada kea­daan mangsa, nampak jelas orang yang
melakukannya (perusuh) mempunyai niat untuk membunuh.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kita boleh ada demonstrasi, tetapi perlu berlangsung
de­ngan aman, namun yang berlaku sekarang ini bukan satu demonstrasi, ia satu
tindakan untuk membunuh bila mereka datang dengan parang dan sebagainya,”
katanya dalam sidang akhbar di Institut Jantung Negara (IJN).
Dr Mahathir meluangkan masa setengah jam melawat Muhammad
Adib untuk mengetahui perkembangan yang sebelum ini dirawat di Pusat Perubatan
Subang Jaya (SJMC).
Perdana Menteri menjelaskan, biarpun pihaknya tidak
mempunyai bukti mencukupi namun polis akan melakukan siasatan terperinci untuk
mengesan dalang rusuhan tersebut.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel