Connect with us

Berita Lain

PM terima darjah kebesaran tertinggi Jepun Selasa ini

Maharaja Jepun, Akihito berkenan menyampaikan cenderamata
kepada Mahathir semasa lawatan baginda ke Malaysia pada tahun 1991. Kredit foto
penerangan

TOKYO – Perdana Menteri. Tun Dr. Mahathir Mohamad akan
menerima darjah kebesaran “The Grand Cordon of the Order of the Paulownia
Flowers” daripada Maharaja Jepun sewaktu lawatan kerja beliau selama tiga
hari bermula esok.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris
berkata, pengurniaan darjah kebesaran tertinggi negara Jepun oleh Maharaja
Akihito yang akan berlangsung di Istana Maharaja di sini pada Selasa adalah
berikutan sumbangan besar Perdana Menteri atas pengukuhan hubungan baik antara
kedua-dua negara.
“Secara tradisi darjah kebesaran itu diberikan kepada
penerima di kalangan pemimpin luar seperti Perdana Menteri dan negawaran
terbilang dalam dan luar Jepun,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini
hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Perdana Menteri akan menjadi pemimpin ketiga dari Asia yang
menerima darjah kebesaran itu selepas bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan
Yew dan bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh.
“Perdana Menteri dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd
Ali juga akan menghadiri santapan tengah hari bersama Maharaja dan Maharani
Jepun pada Rabu di Istana Maharaja,” katanya.
Lawatan kerja kali ini merupakan yang ketiga buat Mahathir
sejak beliau kembali memegang jawatan Perdana Menteri pada Mei dengan lawatan
pertama pada Jun dan yang kedua pada Ogos.
Ahmad Izlan berkata, selepas menerima darjah kebesaran itu
pada hari kedua lawatan, Perdana Menteri dan delegasi Malaysia juga akan
mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di pejabat rakan
sejawatannya itu. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel