Connect with us

Berita Lain

Presiden Pafa enggan tunduk desakan letak jawatan


PARIT BUNTAR – Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa)
Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim tidak berganjak daripada pendiriannya untuk
terus memegang jawatan itu  walaupun
menerima desakan daripada penyokong The Bos Gaurus supaya meletakkan jawatan.
Hasnul Zulkarnain berkata, desakan itu adalah bermotifkan
politik dan serangan peribadi sejak beliau mengambilalih jawatan Presiden Pafa.
“Saya tidak terkesan dengan desakan itu,” katanya
dalam sidang media selepas menutup Karnival Sinar Harapan ”Inspirasiku
Teristimewa’ di Dataran Pinggiran Sungai Kerian di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai desakan
penyokong tegar bola sepak Perak yang mahu Hasnul Zulkarnian melepaskan jawatan
tersebut selepas tindakannya disifatkan tidak menghormati Piala Malaysia yang
dimenangi The Bos Gaurus baru-baru ini.
Tindakan Hasnul Zulkarnain yang menimbulkan kemarahan
netizen termasuk tindakannya bergambar bersama Piala Malaysia di tepi kolam
renang sehingga tular di media sosial.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Hasnul Zulkarnain yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri
Titi Serong berkata, beliau masih mendapat sokongan penuh daripada Jawatankuasa
Exco Eksekutif Pafa yang akan memutuskan sama ada beliau perlu melepaskan
jawatan itu atau sebaliknya.

“Jawatankuasa Exco Eksekutif Pafa akan mengadakan
mesyuarat exco Khamis ini memandangkan pelantikannya mendapat sokongan gabungan
persatuan bola sepak daerah-daerah,” katanya.
Dalam pada itu, Hasnul Zulkarnain berkata beliau mengakui
kesilapan yang dilakukannya itu adalah kelemahan dirinya sendiri kerana
keterujaan setelah 18 tahun Perak menunggu detik kemenangan tersebut ditambah
pula kemenangan itu digapai ketika beliau memegang jawatan Presiden Pafa.
Tambahnya, sambutan untuk meraikan kejayaan pasukan bola
sepak Perak memenangi Piala Malaysia akan diadakan di beberapa daerah yang
terpilih dan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dijangka turut serta
meraikannya bersama rakyat. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel