Connect with us

Berita Lain

PRK DUN Rantau diadakan jika tiada rayuan – SPR


PUTRAJAYA – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri
(DUN) N27 Rantau hanya akan diadakan jika tiada rayuan dibuat terhadap
keputusan Mahkamah Pilihan Raya di Seremban yang mengisytiharkan kemenangan
Datuk Seri Mohamad Hasan di DUN itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas
sebagai batal dan tidak sah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun
berkata ini berikutan keputusan mahkamah itu untuk tidak memberi perakuan
keputusan tersebut sehingga tamat tempoh 14 hari bermula hari ini untuk
mana-mana pihak mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
“Pilihan Raya Kecil (PRK) hanya akan diadakan sekiranya
tiada rayuan atau proses rayuan di Mahkamah Persekutuan telah selesai
sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Azhar berkata di bawah undang-undang, SPR hendaklah mengisi
kekosongan kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh ia menerima
perakuan tersebut.
Buat masa ini, katanya SPR perlu menunggu perakuan keputusan
Mahkamah Pilihan Raya atau sehingga tempoh 14 hari untuk rayuan tamat bagi
tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Azhar berkata SPR akan meneliti alasan
penghakiman Mahkamah Pilihan Raya dan akan membuat keputusan sama ada rayuan
perlu dibuat ke Mahkamah Persekutuan.
“SPR sentiasa bersedia untuk menjalankan PRK sekiranya
ia perlu diadakan,” katanya. – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel