Connect with us

Berita Lain

Rafidah: Saya mahu sertai BERSATU

Foto: FMT

KUALA LUMPUR: Bekas orang kuat UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz
menyatakan hasrat untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Pemimpin veteran yang pernah menyandang jawatan Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Ketua Wanita UMNO itu berkata,
beliau sudah menyampaikan hasrat itu kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi
BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad, lapor BH Online hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya mahu sertai BERSATU. Saya dah beritahu Perdana
Menteri, namun buat masa ini saya belum sempat untuk mendapatkan dan mengisi
borang keahlian.
“Pada saya, di mana hati kita berada itu lebih penting.
Menandatangani borang itu hanya simbolik (menyertai parti),” katanya ketika
ditemui selepas menghadiri Simposium Institut Pentadbir dan Setiausaha
Bertauliah Malaysia (MAICSA) di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada sudah
menyertai BERSATU seperti yang dilakukan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa
Mohamed.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Rafidah digugurkan keahlian UMNO bersama dua bekas menteri
iaitu Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Dr Rais Yatim pada 5 Mei lalu, kerana
menyokong PH serta menghentam parti itu.
Mustapa pula menyertai BERSATU pada 26 Oktober lalu selepas
mengumumkan keluar daripada UMNO pada 18 September.
Rafidah bagaimanapun berang apabila dikaitkan dengan Mustapa
dan menegaskan, enggan namanya diletak bersama-sama dengan bekas Ahli Majlis
Tertinggi UMNO dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.
“Jangan letakkan saya dalam satu kumpulan yang sama dengan
Tok Pa (Mustapa).
“Saya Rafidah Aziz. Saya putuskan apa saya nak buat. Saya
tak ikut orang.
“Saya tak kisah apa mereka nak buat, nak lompat katak atau
apa saja. Saya bukan nak sertai BERSATU kerana ada orang bodoh nak sertainya,”
katanya dalam nada tegas.
Ditanya sama ada ditawarkan jawatan dalam BERSATU, Rafidah
berkata, beliau membantu Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU-14) kerana merasakan perlunya perubahan kerajaan, bukan untuk jawatan.
“Perdana Menteri kenal saya. Jika beliau pancing saya dengan
apa saja, saya akan berundur. Jangan cuba rasuah saya dengan apa-apa pun.
“Memancing dengan jawatan itu rasuah dan berkait dengan
kronisme. Tidak mungkin sama sekali. Saya lakukan (bantu PH) kerana negara ini
perlukan perubahan.
“Saya sudah 75 tahun. Saya dah bersara. Cukup cukuplah,”
katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel